Rabu, 17 Februari 2010

masalah eczema

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

akhirnya berjaya jugak sy buka blog nih.. tujuannya nak kongsi pendapat dan tukar2 pandangan dgn ibu2 diluar sana tentang masalah eczema.
anak pertama saya,sekarang ni nak masuk 3 tahun kena eczema ni masa umur dia 2 bulan.. pada mulanya ingatkan ruam susu atau ruam biasa ajer. tapi lama kelamaan, bintik2 merah tu makin banyak.. dan tak surut2 walaupn pakaikan krim selalu..
kulit dia selalu kering n mengelupas.. kena selalu pakaikan krim atau pn losyen..
setakat ni dh mcm2 losyen,krim n mandian yang saya cuba.. tapi semuanya tak tahan lama.. mungkin belum jumpa penawar yang serasi dengan dia..
saya tak akan putus asa.. sekarang ni saya nak cari
mandian balneum.. susah gak nak cari jenama ni.. yang selalu ada kat pasaran; eubos,sebamed,cetaphil,..