Sabtu, 31 Disember 2011

lagi resipi belut


Belut Ala-ala Unagi - Zamir

    Bahan-bahan Belut dan Sos:
  • 1 ekor Belut
  • 1 sudu besar Sos Hitam
  • 1 sudu besar Kicap Masin
  • 1 sudu besar Kicap Manis
  • 1 sudu besar Halia (dicincang)
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)

  • Bahan-bahan Cendawan Shitake Goreng:
  • 7 batang Cendawan Shitake (dihirs nipis)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • ½ biji Cili (dicincang)
  • 1 sudu kecil Daun Ketumbar (dimayang)
  • 1 sudu kecil Kicap Masin
  • 1 sudu kecil Kicap Manis
  • 1 sudu besar Minyak Neuvida

    Cara-cara penyediaan Belut dan Sos:
  • Perapkan belut dengan sos hitam, kicap masin, kicap manis, halia dan bawang putih selama 3 minit.
  • Kemudian, masukkan belut bersama bahan perapan kedalam ketuhar selama 7 minit pada suhu 150C.
  • Setelah itu, kelurkan dari ketuhar dan masukkan ikan belut tadi kedalam kuali yang panas selama 1 minit atau sehingga bahan perapan sudah pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    Cara-cara penyediaan Cendawan Shitake Goreng:
  • Panaskan minyak dan masukkan cili dan bawang putih dan tumis selama 2 minit.
  • Masukkan cendawan, kicap masin dan kicap manis, dan masak selama 3 minit.
  • Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tutup api.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    Bahan-bahan dan cara penyediaan Jeruk Halia:
  • 6 hirisan Halia (dihiris)
  • 50ml Cuka
  • 150ml Air
  • 3 sudu besar Gula
  • Cara penyediaan:Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak selama 30 minit.

resipi belut garing - kena cuba ni

tengok kat masterchef aritu,masa ujian peti saji misteri. BELUT..
boleh ler try resipi2 yg kreatif diorg.. antara yg menarik rasanya,yg nih.



Belut Semanis Anggur Semasam Cuka - Brian

    Bahan-bahan:
  • 1 ekor Belut (dibuang tulangnya)
  • 3 keping Roti Lama (dikisar)
  • 2 biji Telur (dipukul)
  • 100gm Tepung
  • Minyak
  • 3 cm Halia (dihiris)
  • 1 biji Bawang Besar (dicincang)
  • 2 biji Tomato Besar (dikuib)
  • 250gm Anggur(dipoting kecil)
  • 150ml Cuka Apple
  • 100ml Stok Ayam
  • ½ biji Lada Benggala Merah (dipotong kecil)
  • ½ biji Lada Benggala Kuning (dipotong kecil)
  • 4 batang Jagung Kecil (dipotong dua)
  • Hiasan:
  • ½ cawan Anggur
  • 3 biji‘Patty Pan Squash’ (direbus)

    Cara-cara penyediaan:
  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan belut yang disaluti tepung, telur dan serbuk roti sehingga garing.
  • Tumiskan bawang besar sehingga kekuningan dam masukkan halia dan tumis sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan tomato dan anggur dan gorengkan seketika.
  • Selepas itu, tambahkan cuka dan stok ayam dan biarkan mereneh
  • Selepas siap direneh, kisarkan renehan tadi dan masukkan kesemua bahan kisaran ke dalam periuk.
  • Gaul supaya tidak hangus dan masukkan lada benggala, jagung kecil dan biarkan mereneh sehingga masak.
  • Perasakan bersama garam dan lada secukup rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.
resipi2 lain leh dpt kat sini

Khamis, 29 Disember 2011

alahan

semalam perasan mata fahim merah,bengkak dan berair.. risau sakit mata,tp tkde pun sgt taik mata.. cuma mata dia merah. bila pikir2,apa la yg dia mkn.. ayam goreng,nasi,kicap,sayur.. bnda2 biasa yang dia mkn.. pastu baru teringat,kami ada bawa balik rambutan dri kampung. dan dia mmg dok mintak je rambutan.. memula ingat sbb rambutan.. tanya k.long.. boleh jadi ke rambutan tu alergik.. k.long lak ckp tak pernah dgr,tp mungkin pada kulit rambutan.. sbb kulit rambutan tu kan ada mcm2 benda melekat kat situ.. hmm.. mungkin ye la tu.. sbb walaupun bagi fahim dah siap dipotong, tp dia ada pegang rambutan tu.. pastu agaknya dia tenyeh2/gosok mata dgn tangan yg sama..
so,mlm tadi bgtau fahim,klu nak rambutan bgtau je ibu.jgn pegang. nnt gatal..
fahim skrg dah boleh faham kalau bgtau dia 'tak boleh,nnt fahim gatal'.. dia akan ckp 'ya'.. dan dia akan teringat kaki dia dulu gatal2..

setakat ni yg masih lg alah bg fahim :
~ ikan tilapia(dia mkn 2-3 suap,pastu tgk2 bibir bengkak).. smpy sekarang lom bg dia try balik.. ms tu umur dia 2tahun lebih..

~ kacang dal. - setiap kali mkn mesti naik bintik2 merah. klu kuah dal tu kena kat tgn,pipi, pun naik merah2 kat situ.. tp kitorg bg je sket2 biar dia biasa.. tak selalu la. setiap kali mkn roti canai je..

Rabu, 28 Disember 2011

krim takde nama

krim ni sy beli di kedai sinseh dia sg jerik atau lebih glamer tongkiat.. kalau orang jengka mesti tau tongkiat tu ape.. ubat ni dicadangkan oleh sedara. anak dia pun gatal2. mmg bila sy sapu pd anak, nmpak kesannya.. sy tanya juga pd tauke kedai apa kandungan ubat. tp dia sendiri pun taktau. so,utk keselamatan,sy hnya sapukan nipis je.. pakai pun sehari 2x shj.. punya lah jauh rupanya ubat yg serasi utk fahim. padahal dulu pernah je bwk fahim pg kedai ubat kat serdang.diorg pun suggest daun ular(tkde lak diorg jual).. diorg suh cari kat pasar cina.. tp tk cari sbb taktau daun ular tu camner.. huhu


~iniler krim gatal tu,mcm krim biasa2 jer~

Jumaat, 23 Disember 2011

bila zahin dah maju lagi...

bagi fahim dgn nuha mkn pankek.. mmg diorg suka sgt la pankek.. tetiba dgr fahim jerit "ibu,baby kacau fahim".. bila tengok,rupanua zahin dah ada dpn fahim n capai pinggan dia.. heh,zahin ni dh mula pandai kacau abg rupanya..

pastu baru perasan,dia dah pandai gerak ke depan la.. sebelum ni angkat2 punggung n reverse.. hehe


Khamis, 22 Disember 2011

cuti-cuti keje

seronok budak2 ni bila dpt ikut ayah dia pg terengganu. ayah kena keje, ibu n anak2 lepak2 dlm bilik, menghabiskan masa dan menikmati 'percutian'.. hehe


~taman tamadun islam~

dekat2 nak sampai,dah boleh nmpak taman tamadun islam.. dapat la snap gmbar dri dlm bas. tak pegi pun..huhu


~anak2 seronok dpt umah besar~

sampai hotel,fahim suka sgt.. dok ckp je umah besar.. sampaikan dia taknak balik.. heh,budak nih..


~bila la nak dpt datang lagi kat sini~


~ayah keje,anak2 pun kena gak isi masa lapang~


~fahim mmg suka bergambar~


bila la dpt nak jln2 lagi camni.. best..

kisah fahim




apa yg sy nak kongsikan ialah mcm mana fahim leh dpt eczema ni.. seingat sy, eczema dia mula naik ms umur 2 bln lebih. masa tu sy dh masuk kerja dan hantar dia ke nurseri. dan sy bekalkan susu formula dutchlady. awalnya hanya pada pipi dia.. lama kelamaan, merah2 tu makin merebak keseluruh bdn. dan ms umur dia 3 bulan,seluruh bdn dia merah2..
tindakan awal kami ialah menukar susu dia (ms tu sy mmg kurang ilmu psl simpanan susu ibu) sy masih menyusukan fahim apabila dirumah.susu formula hanya di nurseri. namun tak ada perubahan dan kulit dia semakin teruk. kami tukar kepada susu soya pun,masih tiada perubahan.then kami stop susu formula.lebih kurang umur dia 5bln,sy hanya beri dia susu ibu sahaja. tp tiada juga perubahan. dan bertambah teruk apabila berat bdn dia tak meningkat,malah semakin susut.
setiap bulan memang menjadi ruti ke hospital. dan sellau juga kena tahan wad. umur 7 bln,fahim kena tahan wad, sbb ms tu berat dia hanya 4kg. padahal fahim dikategorikan besar ketika lahir. dia lahir dgn 3.69kg. mmg sgt sedih tgk keadaan dia masa tu. kecik sgt. kat hospital,mcm2 yg dokto buat. ambil darah,air kencing. dn yg paling sedih bila dokto masukkan tiub dari hidung utk dimasukkan susu formula.alasannya,susu sy tak mencukupi.
tapi fahim lebih cerdk,tak sampai sehari,dia tarik tiub tu.. bila dokto dtg nak pasang semula,sy merayu supaya jgn pasang. sbb fahim akan muntah setiap kali diberi susu formula. Alhamdulillah,dokto bersetuju..
rutin harian di hospital, setiap pagi kena timbang berat. dokto hnay bagi balik klu berat naik. dan hasilnya tetap sama. sehinggakan fahim ditahan sebulan diwad. bermakna sebulan juga sy cuti tanpa gaji..
keluar dari wad,mcm2 yg kami cuba. dan Alhamdulillah,berkat usaha kami selama hampir 3 tahun,fahim sekarang boleh dikatakan sihat.
apa yg kami nampak,sejak sy berhenti kerja, dia nampak semakin sihat n bertanya pun bertambah.
sekarang fahim seperti kanak2 lain.. walaupun perkembangannya agak terlewat setahun,tp nampaknya fahim mengejar semula seiring kanak2 seusianya..

~masa ni kena tahan wad. dan berat dia hnya 4kg.~

go go fahim..

p/s: fahim hanya berjalan pada usia 2tahun setengah.. ms umur setahun lebih dia hanya bergerak secara mengesot.. bakat yg tak ada pd kanak2 lain.. hehe

Rabu, 21 Disember 2011

belut oh belut

dapat petua dari rakan suami,belut ni adalah ubat utk asma/eczema..
gunakan lendirnya utk disapu pd kulit,dan dagingnya dimasak. memandangkan fahim suka mkn kicap,so.. jadila belut masak kicap..
setiap kali lurut lendir tu,menahan je rasa geli yg amat sgt.. padahal belut tu mati dah pun.. siap taruk dlm freezer bagi mati kesejukan dulu.. tak berani nak lurut hidup..
1st time suami bw balik,ingatkan dh mati,baru pegang plastik,belut tu bergerak.. hadoii..terjerit la jugak..


~belut ni elok utk masalah eczema/asma~

cara utk dptkan lendir belut :

- boleh lurutkan lendir tu masa belut tu hidup.. (tp sy tak buat,geli..)
- masukkan dlm frezer,bg mati beku (jgn ketuk,sbb nnt lendir bercampur darah). sy letak semalaman
- kuarkan belut n nyahbekukan.. bila dh lembut,lurutkan lendirnya.. kdg tu ada darah gak sket,tp takpe..
-sapukan lendir pada kulit anak.. klu masalah asma tu, sy diberitahu lurutkan lendir tu guna roti, n mkn..
-dagingnya boleh la dimasak.. buat sup ke,goreng ke.. tak kisah la terpulang citarasa masing2..

~selamat mencuba~

stok ubat2 fahim



inila stok ubat2 fahim yg dpt di IPHKL.. punyala byk.. dan memandangkan kami dah stop pkykan fahim krim2 ni semua,semuanya tersimpan jer.. dulu masa nak pakai dlm kuantiti yg byk cmni punyalah payah nak dapat.. bila dah berlambak gini,tak berpakai pulak..

~perbandingan fahim dulu dan skrg~

antara alternatif lain yg kami pernah cuba :

-minyak kelapa dara : sy guna nufera. apa yg kami nmpak, kelembapan kulit lebih thn lama berbanding aqueous krim. rambut pun tumbuh sbb sebelum tu rambut dia habis gugur. sampaikan dokto ambil sampel rambut sbb tgk rambut dia mc lain je.. huhu..
semua bnda klu boleh diorg nk ambil jdikan ujikaji tp hasilnya normal.. cuma masalah kulit sahaja..
terima kasih kpd kakak yg sy jumpa di RnR jejantas sg buloh kerana bg sy sedikit minyak kelapa dara utk dicuba.. sgt bermakna

- belut : ambil lendirnya utk disapu pada kulit.. dan dagingnya dimasak dan dimakan..
petuanya dapat dari seorang rakan kpd suami.. tk silap sy dia dpt dri pusat perubatan islam darussyifa'

- sejenis krim dari kedai ubat cina : ms tu balik kg masa hari raya puasa. tk silap sy dlm tahun 2009. seorang saudara bagitau anak dia elok lps cuba krim tersebut.. kami pun cuba, alhmadulillah.. lepas sekali sapu pun dah nampak kesannya.. luka akibat digaru tu, berubah menjadi 1 lapisan baru kulit..
dan hrganya murah je.. sebekas kecil hanya rm4..

macam2 lagi kami pernah cuba.. sabun mandian. pernah guna sabun mandi laut mati (abg sy bw dri jordan). nampak juga kesannya.. tp anak akan menangis sbb pedih.

bawa mandi air panas. selang beberapa hari lepas mandi air panas tu, kulit dia akan kering sgt dan merekah2.. lagi kesian.. so ,stop

pelbagai losyen.. antaranya cetaphil, french oil (yg ni pun agak pedih pd kulit) mmg dia kan menangis bila sapu. even nmpak sy pegang botolnya pun sia dah menjerit dulu.. huhu..

mandikan dgn air asam keping.. petua dpt dari org kg dan dari mak saya. rendam asam keping dlm air panas. then jiruskan pada anak ( campur air sejuk le bila nak jiruskan tu)
memang sgt pedih dan anak akan melompat2 kepedihan dan menjerit pedih.. setiap kali buat sy pun bergenang air mata.. (skrg ni pun dah bergenang sbb teringat)..

apa yg pasti, setiap kali lps mandi, cepat2 sapukan pelembap.. tk kisahlah ape pun, losyen/minyak ke.. supaya kulit dia lembap dan tak kering. gatal tu disebabkan kulit dia kering..








Selasa, 13 Disember 2011

menangis kerana makan??

aritu mkn2 breakfast,saje bg nuha dgn fahim pelbagai jenis cheese utk dicuba..
tiba2 nuha menangis.. kemudian dia luahkan semula makanan dlm mulut dia.. panik sekejap sbb pada hari sebelumnya nuha jatuh,dan bibir atas serta gusi pada gigi atas yg bersambung pada bibir sebelah dlm dia ada koyak sket.. bila tanya sakit ker, dia tak menjawab dan masih menangis..

dlm pada dok mkn2 tu,terasa nak cuba cheese yg nuha mkn td.. dan rupanya,dah tau kenapa nuha menangis.. rasanya pelik,mcm ada fungus(mcm roti yg berkulat la jugak).. patutla nuha menangis..

bukan sbb sakit mulut tu.. huhu


~ni ler cheese yg buatkan nuha menangis.. huhu~