Jumaat, 13 April 2012

aktiviti anak2 setiap hari

~Zahin dah tunggu ni nak kuarkan mainan2 ni semua~


setiap hari,selalunya isnin-jumaat fahim,nuha dan jugak zahin akan bermaharajalela,mensepah-sepahkan barang mainan diorang.. mentang2 ayah pegi keje.. nanati dah petang baru kelam kabut diorang kutip/kemas balik... sambil kemas, si abang dengan kaka dok cakap, 'cepat,kemas.. nanati ayah balik.. nanati ayah marah'.. maknanya takut dengan ayah je la ni? ayah je ke yang marah? ibu tak marah ke?

ibu dah tak larat nak tegur/marah.. lagipun kalau diorang tak main barang2 tu,kang diorang buat mende lain pulak.. kacau zahin.kacau ibu..lagi haru..



~pagi2 lagi fahim akan keluarkan kotak mainan dan letak depan pintu bilik~


~cara untuk buang majalah2 yg 'nak buang tapi sayang'~


~tengok tu tu,kecik2 dah baca komik,huhu~


Isnin, 9 April 2012

anak2 beriadah (janji ditepati)


~puashati sangat dah nuha dengan fahim dapat main bola kat stadium~


dah lama berjanji nih.. sejak mula2 pindah rumah dah pasang angan2,weekend boleh bawak fahim jalan2,sambil ibu dan ayah jogging.. tapi,

setelah hampir 4 tahun barulah semuanya tertunai..

inilah kali pertama bawa anak ke stadium yang tak jauh mana pun dari rumah.. jalan kaki(jogging) pun boleh sampai..
sempena meraikan zahin dah sihat dari demam campak dan nak menceriakan anak2,jadi bawak sekali basikal,bola untuk diorang main. dan tak lupa,bawak breakfast sekali..(macam jauh)

orang pegi stadium pagi2 bersenam,kami piknik lak.. tapi tak proper pun..setakat nak hilangkan lapar je.. pastu sambung makan kat rumah..


~punya besar bola~




Ahad, 8 April 2012

kisah zahin dalam seminggu

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-8 sejak dari zahin demam sabtu lepas,31mac. dan hari ni nampaknya zahin dah mula menunjukkan tanda2 dia sihat.. dia dah mula aktif,main2,merangkak,panjat2.. dan ruam2 kat badan dan muka dia pun dah tak nmapak.. cuma ada sikit je lagi kat bahagian kaki.. cepat jugak kesan dari bagi minum air kelapa muda.

hari isnin,2 April masa bawa ke klinik dah kena ambil darah,dan keputusannya,takde apa2 kuman. masa tu pun dah 2 kali kena cucuk. kai pertama misi cucuk kat belkang tapak tangan,tapi darah tak keluar. lepas tu dia hantar ke kecemasan. alhamdulillah,dia cucuk sekali je,dah dapat.tapi dia cucuk pada pelipat siku.

hari Khamis,5 April, kena cucuk lagi sebab demam tak baik2 dan mula naik2 ruam.doktor syak demam campak,jadi kena bagi sampel darh,air kencing dan air liur(tekak). kali ni misi kat bilik darah terus hantar kat kecemasan(sebab dia yg cucuk aritu tapi darah tak keluar pun).
kali ni diorang cucuk kat pelipat siku jugak,tapi yang lagi sebelah tu. 2-3 kali kena cucuk,tapi darah tak keluar.sebba urat tu dioang tak nampak pun,harapkan diorang tekan2,picit2 untuk rasa kat mana keduudkan urat tu. sampaikan misi ke-2 cucuk baru dapat. memang zahin menjerit/nangis tak ingat. ibu pun turut nangis jugak..

hari jumaat,6 April. masa suami hantar urine ke klinik,doktor mintak supaya zahin dibawa ke klinik lagi kalau masih tak aktif untuk ambil darah. huh,cucuk lagi.
yang kali ni paling haru. dah la kedua2 tangan dia dah ada lebam/bekas cucuk,nak kena cucuk lagi.
kesian zahin,dalam seminggu ni,banyak kali tangan dia kena cucuk untuk ambil darah. yang tak tahannya,diorang salah cucuk. cucuk2,tapi darah tak keluar. pulak tu bila cucuk,darah tak masuk kat jarum,tapi bocor dan meleh keluar.. zahin dah nangis/jerit sebab sakit. terbayang2 lagi muka zahin masa dia kena cucuk. dia menjerit sampaikan macam nak kejang. misi pulak sampai 2-3 orang dok pegang dia. dah ler dibalutnya zahin(bedung),pastu sorang pegang kaki,sorang peluk badan dan pegang tangan,sorang lagi yang tukang cucuk. suami sampai dah hilang sabar,cucuk2 tapi darah tak jugak keluar. last2 kami ambil je zahin dan balik. diorang pulak sikit pun tak mintak maaf. rasa macam dah serik nak bawak anak2 ke klinik kesihatan ni. dalam erti kata lain,klinik/hospital kerajaan.

sampaikan nak baringkan zahin atas katil tu pun dia dah nagis/jerit sebab fobia. macam fahim dulu fobia tengok misi/doktor berbaju seagam putih.

zahin demam campak rupanya.. pada mulanya zahin hanya demam2 biasa,tapi berlarutan sampai 6 hari.. hari ke-5 tu,muka dan badan dia mula naik ruam.. kami pulak tak ingat langsung pasal nak bagi minum air kelapa.. masa dia demam aritu kami cuma selalu lapkan badan dia dan jaramkan dengan air asam jawa je.. mujur suami telefon mak dia,dan MIL suruh bagi minum air kelapa supaya keluarkan virus campak tu..



~hari ke-3 naik ruam2 campak~


~baru la ad semangat nak duduk,kalau tidak,baring je~


~abang dgn kaka takleh nampak kamera,nak posing je~


~kakak yang selalu senyum~


lepas ni kena selalu set kan dalam kepala,kalau anak2 demam,cepat2 bagi minum air kelapa..

Sabtu, 7 April 2012

FAMILYDAY TOK ALI 2/2012





cuti sekolah yang lepas,10-11 mac 2012, kami bercuti ke melaka, sambil berhari keluarga bersama sanak saudara sebelah bapak iaitu anak2,cucu2,cicit2 kepada Atok Ali. memandangkan keluarga sebelah bapak agak besar dan sebahagiannya berhijrah ke singapura,jadi inisiatif diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara kami. program hari keluarga pada kali ni adalah kali yang ke 2. kali pertama program ni dianjurkan di melaka juga,tetapi di Shah Beach Resort. untuk kali ke 2 ni diadakan di Kemunting Beach Resort.


~ini hanya sebahagian dari yg hadir~


familyday kali ni agak mendapat sambutan ramai berbanding yg sebelum ni.. dan Insyaallah 2 tahun lagi akan menyusul pula FDDA 3/2014..


~ini je dari wakil dari keluarga kami~


~siap buat tshirt familyday lagi~


~penyelamat persembahan kami hari tu~


~dari persembahan model cilik~


familyday kali ni siap kena buat persembahan dari setiap keluarga..memeandangkan keluarga pak embi(kami le tu) agak malu2 kucing.. jadi kami gunakan anak2 kecik jadi model.. dah ler tak prepare.. harapkan zahin la jadi penyelamat sebab jadi bumblebee yang comel.. tertido lak tu.. ibu goyangkan dia konon2 terbang lagi syok dia tido...huhu

mula2 tu ingatkan dapat nombor corot dah.. tapi rupanya dapat nombor 8.. ok ler tu.. semua family ada 10,kira tak corot sangat la kan.. hehe