Jumaat, 6 Januari 2012

akhirnya.. jumpa juga

dah lama cari resipi ni.. yg ni nampak mcm simple bahan2nya.. boleh la dicuba nanti
resipi ni dapat kat blog chef hanieliza http://hanieliza.blogspot.com/
byk sgt resipi yg best2 kat situ.. syiokk...

Kerabu Jantung Pisang

Kerabu-Jantung

Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.

Khamis, 5 Januari 2012

nuha dan ....

sejak seminggu ni perasan nuha suka sgt dgn satu bantal.. tapi, selalunya dia akan buka sarung bantal tu.. bila sarungkan semula,kejap2 nanti tgk dah togel balik..
rupa2nya,dia suka sarung bantal tu aje.. hehe


~tido pun dgn sarung bantal~




cheese kek

macam biasa, ambil resipi dari masterchef.. nak kumpul resipi yg best2 dan nanti nak cuba..
(tak tau le bila tu) hehe

nampak sgt menyelerakan..



Kek Keju Terbalik - Amita

    Bahan-bahan Kek Keju:
  • 250gm Krim Cheese
  • 4 sudu besar Sour Cream
  • 1 biji Kulit Lemon
  • ½ biji Jus Lemon
  • ½ cawan Gula Kastor
  • 2 biji Telur Putih (dipukul)

  • Bahan-bahan Sos:
  • 6 biji Strawberi (dihiris)
  • ½ cawan Gula
  • ½ cawan Air
  • 4 biji Bunga Cengkih

    Cara-cara penyediaan Kek Keju:
  • Campurkan krim cheese dengan sour krim, kulit lemon dan jus lemon.
  • Pukul telur putih sehingga kembang.
  • Campurkan 1/3 telur putih ke dalam keju campuran dan gaul sekata.
  • Kemudian campurkan 2/3 telur putih supaya sekata.
  • Masukkan dalam acuan bulat dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga 'set'.

    Cara-cara penyediaan Sos:
  • Panaskan gula, air, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga campuran sudah sekata.
  • Masukkan strawberi dan tutupkan api.

Rabu, 4 Januari 2012

zahin yg tak leh kena tinggal

zahin sekarang tak boleh kalau tak nampak ibu..mesti melalak mcm kena cubit.. nak tak nak,masa ibu memasak aritu terpaksa la bwk dia dok skali kat dapur. abg tido lak. kalau tak leh tolong jaga/main2 dgn zahin. si kakak tak reti nak jaga adik lagi. kacau adik reti la dia


~si kecik yg suka masak2 jugak~


~bila la ibu nak siap nih~


~sampai tertido tunggu.. huhu~


Selasa, 3 Januari 2012

donat

petang semalam buat kuih donat.. lama jugak rasanya tak buat.. yg lebih smlm,disejukbekukan.. dan jadilah sarapan utk pagi ni.. utk tambah selera anak2, letakla coklat rice color..


~kena buat color2,baru diorg minat nak makan~

fahim tunjuk bakat

macam selalu,ada je benda baru yg fahim buat.. tapi kali ni agak menarik dan sempat ambil gambar sebagai kenangan.. dah besar nnt leh la dia tgk semula.. tp masa ambil gambar tu mmg dah kembang kempis dah idung dia, bangga le tu.. haish..


~tiap2 hari eja,dah ingat dah.. nama zahin je lom ingat sgt~

~nenek yg bawakan alatulis utk dia~