Selasa, 28 Februari 2012

jalan2 ke sasana kijang





cerita 2/3 minggu yang lepas.. baru ada masa nak karang.. ;)

kebetulan ada anak sedara datang umah,dan dia belajar di unikl.dan memandangkan kami terlebih rajin hujung minggu tu,jadi kitorang dengan murah hati nak hantar dia balik kampus. sebenarnya kitorang pun nak jalan2 KL. suami cadangkan pergi ke SASANA KIJANG yg mana merupakan muzium dan galeri seni bank negara. suami dah pernah ke sana,dan yang utamanya nak rasa makanan western kat sana yg sedap dan murah..

alang2 dah sampai sana,kami pegi jenguk sekejap ke galeri seni dan tentunya tak lepas ke muziumnya sekali. sedih pula bila tengok ada antara matawang yang dipamerkan tu,milik arwah bapak dulu.. ( dah hilang dengan peti besi sekali masa rumah dikampung kena pecah,huhu)



~lunch kami hari tu~


makanan kat sana tak banyak pilihan sangat.cuma ada 4-5 jenis savoury. tapi ada juga pelbagai roti dan sandwich. kek pun ada. air pun byk pilihan jugak. yang bestnya harga makanan kat sana paling mahal dalam rm5.50. dan boleh dapat ice blended cuma rm1.70/rm1.80.. kalau harga macam tu biasanya setakat dapat minuman biasa yang berais je. memang murah kan..


~fahim nuha terpegun..hehe~




~agaknya org kelantan dulu bawa sepohon duit ni,dan patah2kan sekeping tiap kali shopping kot~


~uitm dihatiku~


~siri terbaru duit syiling~


~antara syiling yang dikeluarkan~


~ukuran saiz hidangan~



dan sebelum balik,kami tapau spaghetti Chicken bolognese, sandwish dan mocha ice blended..
kalau berkelapangan memang nak pegi lagi.. utk makan..hehe

Rabu, 22 Februari 2012

ada yang menumpang kasih


tengahari semalam agak panas. tiba2 ternampak ada makhluk menumpang kasih(teduh sebenarnya) di tepi tingkap rumah jiran...

hmm.. saper la tuan dia agaknya.. selalu jugak nampak makhluk2 ni berkeliaran mencari makan. ada sekali tu, masuk dalam rumah. bila kita halau dia siap marah2 kat kita tunjukkan taring dia.. cehh..macam kita pulak yang salah.

kepada tuan punya makhluk2 ni,kalau nak bela,bela la elok2. buatkan sangkar/rumah. jangan la biarkan berkeliaran ke rumah orang lain. kadang2 siap tinggalkan "tanda" lagi.. tu yang tak tahan tu..

Selasa, 21 Februari 2012

meroti lagi..

roti..roti dan roti..
wah wah.. sejak ada oven ni memang tak beli roti dah.. buat aje..

~panas panas dari oven~

~terselit bun coklat rice 2 biji~

Ahad, 19 Februari 2012

mood rajin..



tetiba datang mood rajin la pulak.. pagi2 buat sarapan roti ala2 deli france la konon. tu pun sebab en suami yang request sebab dia perasan ad 1 tin tuna sandwich baki dari trip kami ke terengganu dulu. dan disebabkan excited jumpa teknik menguli roti kat jintanmanis.com jadi terus apply cara menguli..hehe. hasilnya,roti memang lembut. en suami komen sedap sangat,sebab dia nak yg agak keras (mcm yg buat sebelum2 ni..hehe)


~sarapan pagi, jemput2 pisang pun ada~

dan dikatakan rajin tu sebab bila petang,cuba buat kuih apam tepung gandum. dulu dah pernah cuba buat tapi tak jadi. salah teknik. kali ni, dah baca betul2 kat blog jintanmanis.com tu dan Alhamdulillah,menjadi. tapi lepas ni kena rajin praktis supaya dapat hasilkan yang cantik dan lebih gebu.


~kuih utk minum petang,tapi tak buat air..~

p/s :
ni idea suami la,letak krim coklat.tapi fahim lebih suka kosong.sudahnya,nuha kena la makan krim coklat tu dulu,baru fahim makan kuihnya.


~yang ini lauk tengahari semalam. ayam goreng berempah~

seronok masak2 ni.lebih2 lagi,anak2 pulak memang makan apa yang kita buat. kadang2 tu tak sempat hidang kat meja makan,diorang dah serbu dulu kat dapur.. dan yang bagusnya,walaupun apa yang dimasak tak berapa menjadi,anak2 tetap makan dengan selera sambil memuji sedap. itu yang membuatkan semangat berkobar2 nak mencuba pelbagai resipi..

Rabu, 8 Februari 2012

roti lagi..

mentang2 baru dapat oven,asyik meroti aje.. hehe..
kali ni roti sosej pulak.. lagipun dah dpy yis yg betul,lagi la semangat buat.. fahim pulak,mcm biasa ckp.. wow,sedapnyer.. bau sedap..






baru nak upload

cerita lama fahim, masa dia teruk eczema dulu. cari2 baru jumpa gambar masa dia infection (bernanah2) dulu.. jadi, baru nak upload sebagai kenang2an fahim..

cerita2 dia kat sini






Jumaat, 3 Februari 2012

seronok dapat oven

ahad lepas pegi rumah kakak di lukut,PD untuk ambil barang2 yg dia dah taknak.dia nak pindah ke melaka. dia bagi oven.. (padahal dah tau pun..hehe)
aku suka la sgt.. padahal ada je microwave yg function oven cumanya tak reti guna.yg ni mmg oven sahaja..

apa lagi, try le buat roti..sebab dulu dah tersalah buat guna microwave..jadi hiasan skrg nih..



~sedap makan panas2~


~nampak gebu~

p/s: huu..yg ni percubaan2 pertama membuat roti.. rupa2nya penggunaan yis yg betul sgt penting.. sekarang nih memang mauripan aje ler..

Khamis, 2 Februari 2012

apa itu kraf-kraf kreatif

apa hal dgn kraf-kraf kreatif ni.. saje je nak kongsi cerita.
rancangan kraf2 kreatif ni dulu ada kat tv9.. fahim mmg suka tgk citer2 yg buat2 benda kreatif ni..
nak dijadikan cerita,masa kami kat tesco(cari brg keperluan dapur le selalunya), tetiba fahim kata nak kraf2 kreatif. aku ckp,tunggu la balik rumah dulu..

sampai kat rumah, dia ambil minuman kultur(nutrigen) tu dan ckp kraf2 tatif(pelat)..
ler,ingatkan nak tgk cerita tu,rupanya air tu yg dimaksudkannya.patutla la dia minta tu masa lalu kat kawasan minuman tu..

p/s: terpikir gak mana dia dpt idea nama tu.rupanya bila kat tv iklankan rancangan tu,ada penaja iklan bwh tu..(vitagen) itu yang lekat nama kraf2 kreatif utk minuman kultur tu.tak kira la jenama ape pun..




~sampai sekarang pun masih panggil kraf-kraf tatif.. nuha pun sama~