Jumaat, 28 Jun 2013

sakit pinggang

3 minggu dh sakit pinggang.. risau pulak bila tak elok2. so,minggu depan nak pegi klinik  utk check. mudah-mudahan tiada yg serius. jadi takut bila ada teman2 berceritatentang slip disc..
Ya-ALLAH. aku bersyukur di atas nikmatkesakitan ini.namun jauhkanlah aku dari segala penyakit berbahaya.dan sembuhkanlah kesakitanku ini... amin ....

Khamis, 20 Jun 2013

sakit pinggang/belakang dan berurut



semalam saya panggil tukang urut. dah tak tahan rasanya sakit pinggang/belakang ni..

memang pinggang dan tulang belakang saya ada masalah sket.. huu,memang terasa betul la bila kena point2 yg sakit tu.. Kaknor cadangkan sy berurut 3 kali. ye la,supaya badan betul2 sihat lepas ni.

Alhamdulillah,lepas sekali urut dpt rasa perubahan sikit. dah kurang sakit bila nak bangun/pusing  masa berbaring. kalau tak, memang agak seksa..

selain berurut,kaknor ni jugak ada buat jamu gentel, air akar kayu. memandangkan stok jamu masih ada.saya order air akar kayu dulu.nnt lepas ni nak jadi customer kaknor je la.. lagipun senang sikit, dekat dengan kawasan rumah saya.

petang ni sambung urut lagi..

 p/s :

sape2 di kawasan bandar baru salak tinggi, kalau nak cari tukang urut boleh la contact KakNor : 013-6716277



Rabu, 19 Jun 2013

tempahan barut ditutup (buat sementara)

SALAM.





MOHON MAAF, ATAS SEBAB2 PERIBADI, KESIHATAN YANG TAK MENGIZINKAN,
TEMPAHAN UNTUK BARUT BAYI DITUTUP BUAT SEMENTARA.
SEPANJANG JUN - JULAI 2013

NAMUN, TEMPAHAN BEDUNG MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA.

HARAP MAKLUM


Selasa, 18 Jun 2013

fahim dan helmet

syarat ayah kalau nak hantar fahim dgn motor kena ada helmet. puas dah cari helmet yg sesuai untuk fahim. last2 balik kampung chemor,baru jumpa.. tu pun sepupu fahim punya. asalnya nak beli sendiri,tapi opah fahim bagi dulu sbb nak upgrade untuk helmet untuk hafiz.. ALHAMDULILLAH

semalam, fahim dah mula pegi sekolah dgn motor. excited sgt fahim. masa nak kejut dia, cakap : kalau nak pegi dgn ayah,kena bangun cepat dan mandi.
terus bangun masuk bilik air. biasanya dia bangun,duduk2,baring2 dulu.. ni,bingkas je..

memang tak lengah2 dah.. pulak tu bila dia dah siap pakai baju,siap ngomel2 : ayah ni tak siap lagi.. nanti fahim lambat pegi sekolah..

huhu.. kalau dia yang lambat tkpe.. itu la fahim  :)

share gambar diorang yg di snap pagi tadi





Isnin, 17 Jun 2013

hari bapa

fahim tunjukkan kerja sekolah dia..

huu..jeles..






cikgu,kenapa hari ibu takde pun kad....

:(

minum susu





 dah dekat seminggu dok sakit2 belakang/pinggang. sabtu lepas masa beli barang dapur,tiba2 terfikir nak cuba minum susu. so ambil susu anlene. creany taste. saya kalau susu, yg rasa berkrim,lemak2 baru leh nak minum.kalau yg low fat tu huhu..jenuh nak habiskan.
kalau ikutkan kat pek anlene tu,perubahan dalam 4 minggu... so, kita tunggu...








 



baru start minum ahad, 16 june..

Jumaat, 14 Jun 2013

lauk semalam?

selalu tak hadapi masalah lauk tak habis?
apa yg anda buat?

saya akan simpan dan akan panaskan semula keesokkan hari. kalau rajin,saya akan transform.

contoh, macam hari ni..







asalnya sup sayur semalam. hari ni saya panaskan + santan, udang.. tada..jadi masak lemak.

nak buang rasa sayang.. kita selalu pesan anak2 jangan membazir, tapi kalau lauk pauk,makanan tak habis,kita buangkan macam tu aje..bukan membazir ke namanya.. lainlah kalau makanan tu dah basi.. dan tak boleh dimakan lagi..


Khamis, 13 Jun 2013

sakit pinggang

waa.. dah hari khamis.
masih lagi sakit pinggang. nak ruku' masa solat amat la terasa.. hadudu..

apa nak buat ek?

-cari tukang urut?
-makan supplement?






Rabu, 12 Jun 2013

MASAK APA..


setiap hari kadang2 pening dok fikir nak masak apa. kadang2 siap tanya anak2,nak makan apa. kalau nuha, jawapan dia : nasi,telur, kicap,mentega. siap cakap, 'mentega dgn kicap tak payah masak kan ibu?'
nuha mmg senang je, ada telo goreng je pun dah cukup.

kalau fahim, tengok mood dia. selalunya nak ayam goreng. tapi buatnya nanti dia ternampak iklan kat tv yg sedap2 abis la dia mintak.

zahin, mujur tak pandai mintak lagi. tapi selalunya zahin ni suka makan nasi + sup atau apa2 lauk berkuah, kalau sup tu memang siap hirup2 la..

jadi,sekarang nih,setiap hari buat sup sayur. kadang + suhun, + tauhu, + mee suah, + jagung. semua sayur pun dijadikan sup je.senang. olah2 sikit untuk kelainan. macam hari ni tambahkan tepung ubi sket pastu tambah telor.. haa..kan dah jadi mcm ladna..
sedap la pulak. zahin tadi memang dok hirup je kuah..

boleh jadikan menu diet ni..
lagipun saya ni buat sup memang tak tumis..semua rebus2 jek...




isnin baru ni,rasa tak larat sangat nak masak makan malam.. jadi en suami buatkan roti telur spesel untuk anak2..

~ayah yg buat~  

bia dah rasa ok sket,masuk dapur buat nasi goreng..cukup la untuk ibu dan ayah mkn mlm tu..
ALHAMDULILLAH






Selasa, 11 Jun 2013

MISI

Bila dah kumpulkan semua kain yg ada.. tu dia..satu bekas penuh..siap menggunung,tak boleh tutup.. so, misi minggu ni, nak jahit semua jadikan ready stok bedung bayi....




untuk lihat corak yg masih ada,sila ke page kami : toko-anggerik


toko-anggerik


terima kasih

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH..





hari ini saya rasa segar sikit.. cuma masih ada rasa sikit-sikit sakit pinggang..
mudah-mudahan hari ni lebih baik dari semalam


Isnin, 10 Jun 2013

waa.. back to work


dah 2 hujung minggu berturut travel.. sangat penat.. tambahan pula hari ni dah mula sekolah semula..
badan pun dah sakit,lenguh2..tekak pun rasa perit/sakit.. macam nak demam.. hadoii.. tak boleh demam,..
so,nak kunyah habbatus sauda'.. harap2 berkurangan segala sakit..
pagi tadi dah telan MB.. tapi bdn still lenguh2.. mungkin penat sangat kot..

semoga diberi kekuatan... amin.
-haha..kain baju sgt banyak untuk di 'settle' kan..-




kan best boleh buat macam nih...