Jumaat, 16 Mei 2014

Fahim Hilang!!

cerita di hari guru

tengahari tadi dalam pukul 12.15 tengahari,dah standby tunggu fahim balik..

tak lama kemudian,van sekolah lalu, dia hon dan tanya 'fahim dah balik tak'
aku  jawab 'tak'.. ye la kan,dah dia naik van dengan akak tu.apehal pulak dah balik kalau akak tu belum ambik. kata akak tu lagi,fahim takde kat tempat biasa. dia suruh pelajar yang naik van cari fahim kat dewan pun takde.

berderau darah aku. panik. anak hilang. kete takde. mana aku nak carik dia.. YaAllah,memang aku panik sangat.nak menangis rasanya. telefon suami cakap fahim takde. akak van kata fahim tak de.

aku bagi salam kat jiran sebelah. mintak tolong makcik jagakan anak2 aku di rtumah. pinjam kereta anak makcik sebelah dan aku pegi sekolah fahim. sepanjang perjalanan aku berdoa agar fahim tak apa2.

telefon jiran aku jugak yang merupakan cikgu sekolah fahim. mintak tolong dia tengokkan fahim jugak.

sampai sekolah,aku cari kat tempat fahim tunggu van. takde.
tengok dalam kelas dia. takde jugak. Ya Allah. mana fahim ni.. cikgu ayu ( jiran ) pun carik fahim jugak. memang panik.

2-3 kali aku naik turun tangga kat tempat fahim tunggu van.mana tau dia ada situ.sebab aku banyak kali pesan,tunggu je kat tangga.jangan sesekali nak balik jalan kaki atau ape2 walaupun van lambat.


10-15 minit jugak kot carik kat sekolah.aku aku nak pegi tanya 'pak guard' sekolah. dalam nak pegi tu nampak fahim dengan seorang perempuan. yaAllah. lega sangat

rupanya tadi murid darjah satu kena cucuk.kelas fahim yang akhir.lambat.dia dah tertinggal van.ustazah yang jaga kelas dia bawa dia ke pejabat,nak cari no telefon parents.

masa nampak fahim aku tanya dia.. 'fahim pegi mana.. ibu ingat fahim hilang'

fahim tenang je jawab 'ibu,tadi fahim kena cucuk.. fahim lambat. fahim tak pegi mana2'

ustazah tu pun dah mohon maaf. katanya dia pegi pejabat.dah tutup.jadi dia kena cari kunci pulak.sebab tu lambat.

apapun,syukur Alhamdulillah,fahim tak apa2. suami aku pun bergegas balik rumah masa aku terlefon bagitau fahim hilang.tapi belum sempat dia sampai sekolah pun,dah jumpa fahim.


macam nak gugur jantung tau,bila tau anak hilang.dah la baru je abis pantang..huhu


tragedi pada hari guru yang tak dapat dilupakan


Khamis, 15 Mei 2014

sensitif ibu

2 apr 2014..

dah boleh discaj wad.tapi sbb wad penuh,maka kami yg nampak sihat ni diminta kemas2 brg utk balik wllupun ms tu belum selesaikan lagi hal utk discaj. diminta tunggu di bilik penyusuan. ada kerusi kat situ.settle discaj,tggu muaz pula discaj di nicu. dari pagi sampai petang tak setlle,sbb tunggu en suami pulak. mak telefon byk kali tnya 'nak mak dtg ambil tak' sbb mak dok rumah asik yg hanya dpn hospital je.
dlm kul 9pm,suami tepon dah sampai hospital.turun bawah tgk mak dgn adik pn ada skali. rupanya mak dtg jugak ajak adik Cimas Tc sbb risaukan saya... mak susah hati bila dgr anak baru lepas bersalin kena tunggu di kerusi,tkde katil... mak dtg jalan kaki,siap bwk mknn.. mmg tersentuh hati..
pastu kami balik naik kete sbb suami dari rumah,tapi mak jln kaki je.sbb nak exercise katanya...

semoga mak diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dalam lindungan Allah

cerita asal yg sy temui di fb, disini ye

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=6258o55194170727&set=a.211580335598217.48568.100002387554261&type=1&theater




Selasa, 18 Februari 2014

KENALI MASALAH RUAM KULIT BAYI DAN CARA MERAWAT

terjumpa artikel ni.
sangat berinformasi buat ibu2 diluar sana...


KENALI MASALAH RUAM KULIT BAYI DAN CARA MERAWAT

1. Ruam panasDalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan : Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.

2. Ruam LampinRuam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan : Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.

3. Ruam SusuRuam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan : Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.

Ekzema

Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan : Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.

Alergi

Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan : Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.

Rabu, 22 Januari 2014