Memaparkan catatan dengan label anak2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak2. Papar semua catatan

Rabu, 5 Disember 2012

Nuha oh Nuha

Anak dara yg sorang ni pada mulanya ada kain sarung bantal yg dijadikan 'kain busuk'.. tapi kain tu boleh je basuh.. tak acemm la...

masa kitorang kat muar, nenek geram sangat tengok nuha dok heret je 'kain' dia tu. sebab geram,maka nenek pun sorokkan.. haru jugak la awal2 tu.. dia dok tanya je 'mana kain kak?'. tapi dia sendiri yg jawab ' ooo.. kakak tertinggal'.. haha

minggu lepas, jalan KL,singgah umah cimas di Ampang.dan nenek kasi 'hadiah' kat Nuha. 'kain' dia yg dah diubahsuai oleh Makmas menjadi dress.. balik rumah, nuha asyik tanya, siapa yg buat kain dia jadi macam tu.. kenapa makmas buat?? pening kepala nak menjawabnya..

dalam pada tu,tempoh hilangnya kain dia tu.. ada 1 lagi dah ganti kain tu.. bantal.. dan sekarang, punya banyak barang yang dia dok bawak ke hulu, ke hilir.. adoiii...




~tengok tu, bantal,boy(teddy coklat),baby(doll baju merah) dan anak patung(doll biru).~
kalau tambah lagi koleksi 'busyuk masyam' Nuha ni,tak tau macam mana dia nak bawak..


~Nuha pun dah tunjuk bakat melukis~


Jumaat, 22 Jun 2012

kelebihan/keajaiban anak-anak..

KES 1

2 hari lepas, masa nak guna penimbang baru perasan macam dah rosak sikit.. jarum penimbang tak boleh pegi kat '0'.. paling dekat pun kat 400gm.. sedih jer.. baru teringat aritu zahin 'mengemas' dapur,abis semua ditarinya dan antara yang terhempas adalah penimbang tu.. huu...

tetiba tengahari ni zahin buat lagi(memang tiap hari pun buat sebenarnya).. tapi arini dia dapat lagi penimbang tu dan dia hempas lagi.. huu.. tak sempat nak sambut.. zahin memang pantas..

tapi bila tengok2 balik.. aik... jarum tu dah pegi dekat '0'.. rupanya dia 'repair' balik...





KES 2

cerita ni berlaku masa kami pergi ke terengganu untuk majlis penikahan adik. kami sewa mpv (nazaria).
entah bila dan macammana.. tingkap belakang sebelah kiri dibuka.. dan yang bukanya adalah 'fahim'.
memang ada dengar masa dalam kereta tu fahim cakap 'yey,fahim berjaya buka'. tapi tak perasan ape yg dia maksudkan tu..

masa kami nak balik ke KL semula, terdengar en suami bising2 masa loading barang dalam kereta. pegi jengah,rupanya, baru perasan tingkap belakang tu terbuka.. patutlah sebelum tu mcm dgr je bunyi angin...
puas en suami cuba tutup..tak berjaya.. dan adik ipar pun cuba.. tak boleh juga.. nak tak nak,terpaksa la biarkan aje.. takut dok tekan tarik beriya sangat rosak/patah pulak..dah la kereta sewa..

dalam perjalanan balik,singgah jap kat tepi jalan untuk beli jagung.. dan, tengok2.. tingkap dah tertutup.. bila tanya, selamba je fahim jawab 'dah tutup'.. pada asalnya en suami nak 'bagi hukuman' kat fahim dengan menarik balik janji nak belikan "kraf-kraf tatif"..  tapi akhirnya kena tarik balik 'hukuman' tu...


p/s : moral nya.. setiap anak ada kebolehan masing-masing..

Jumaat, 13 April 2012

aktiviti anak2 setiap hari

~Zahin dah tunggu ni nak kuarkan mainan2 ni semua~


setiap hari,selalunya isnin-jumaat fahim,nuha dan jugak zahin akan bermaharajalela,mensepah-sepahkan barang mainan diorang.. mentang2 ayah pegi keje.. nanati dah petang baru kelam kabut diorang kutip/kemas balik... sambil kemas, si abang dengan kaka dok cakap, 'cepat,kemas.. nanati ayah balik.. nanati ayah marah'.. maknanya takut dengan ayah je la ni? ayah je ke yang marah? ibu tak marah ke?

ibu dah tak larat nak tegur/marah.. lagipun kalau diorang tak main barang2 tu,kang diorang buat mende lain pulak.. kacau zahin.kacau ibu..lagi haru..



~pagi2 lagi fahim akan keluarkan kotak mainan dan letak depan pintu bilik~


~cara untuk buang majalah2 yg 'nak buang tapi sayang'~


~tengok tu tu,kecik2 dah baca komik,huhu~


Isnin, 9 April 2012

anak2 beriadah (janji ditepati)


~puashati sangat dah nuha dengan fahim dapat main bola kat stadium~


dah lama berjanji nih.. sejak mula2 pindah rumah dah pasang angan2,weekend boleh bawak fahim jalan2,sambil ibu dan ayah jogging.. tapi,

setelah hampir 4 tahun barulah semuanya tertunai..

inilah kali pertama bawa anak ke stadium yang tak jauh mana pun dari rumah.. jalan kaki(jogging) pun boleh sampai..
sempena meraikan zahin dah sihat dari demam campak dan nak menceriakan anak2,jadi bawak sekali basikal,bola untuk diorang main. dan tak lupa,bawak breakfast sekali..(macam jauh)

orang pegi stadium pagi2 bersenam,kami piknik lak.. tapi tak proper pun..setakat nak hilangkan lapar je.. pastu sambung makan kat rumah..


~punya besar bola~




Ahad, 8 April 2012

kisah zahin dalam seminggu

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-8 sejak dari zahin demam sabtu lepas,31mac. dan hari ni nampaknya zahin dah mula menunjukkan tanda2 dia sihat.. dia dah mula aktif,main2,merangkak,panjat2.. dan ruam2 kat badan dan muka dia pun dah tak nmapak.. cuma ada sikit je lagi kat bahagian kaki.. cepat jugak kesan dari bagi minum air kelapa muda.

hari isnin,2 April masa bawa ke klinik dah kena ambil darah,dan keputusannya,takde apa2 kuman. masa tu pun dah 2 kali kena cucuk. kai pertama misi cucuk kat belkang tapak tangan,tapi darah tak keluar. lepas tu dia hantar ke kecemasan. alhamdulillah,dia cucuk sekali je,dah dapat.tapi dia cucuk pada pelipat siku.

hari Khamis,5 April, kena cucuk lagi sebab demam tak baik2 dan mula naik2 ruam.doktor syak demam campak,jadi kena bagi sampel darh,air kencing dan air liur(tekak). kali ni misi kat bilik darah terus hantar kat kecemasan(sebab dia yg cucuk aritu tapi darah tak keluar pun).
kali ni diorang cucuk kat pelipat siku jugak,tapi yang lagi sebelah tu. 2-3 kali kena cucuk,tapi darah tak keluar.sebba urat tu dioang tak nampak pun,harapkan diorang tekan2,picit2 untuk rasa kat mana keduudkan urat tu. sampaikan misi ke-2 cucuk baru dapat. memang zahin menjerit/nangis tak ingat. ibu pun turut nangis jugak..

hari jumaat,6 April. masa suami hantar urine ke klinik,doktor mintak supaya zahin dibawa ke klinik lagi kalau masih tak aktif untuk ambil darah. huh,cucuk lagi.
yang kali ni paling haru. dah la kedua2 tangan dia dah ada lebam/bekas cucuk,nak kena cucuk lagi.
kesian zahin,dalam seminggu ni,banyak kali tangan dia kena cucuk untuk ambil darah. yang tak tahannya,diorang salah cucuk. cucuk2,tapi darah tak keluar. pulak tu bila cucuk,darah tak masuk kat jarum,tapi bocor dan meleh keluar.. zahin dah nangis/jerit sebab sakit. terbayang2 lagi muka zahin masa dia kena cucuk. dia menjerit sampaikan macam nak kejang. misi pulak sampai 2-3 orang dok pegang dia. dah ler dibalutnya zahin(bedung),pastu sorang pegang kaki,sorang peluk badan dan pegang tangan,sorang lagi yang tukang cucuk. suami sampai dah hilang sabar,cucuk2 tapi darah tak jugak keluar. last2 kami ambil je zahin dan balik. diorang pulak sikit pun tak mintak maaf. rasa macam dah serik nak bawak anak2 ke klinik kesihatan ni. dalam erti kata lain,klinik/hospital kerajaan.

sampaikan nak baringkan zahin atas katil tu pun dia dah nagis/jerit sebab fobia. macam fahim dulu fobia tengok misi/doktor berbaju seagam putih.

zahin demam campak rupanya.. pada mulanya zahin hanya demam2 biasa,tapi berlarutan sampai 6 hari.. hari ke-5 tu,muka dan badan dia mula naik ruam.. kami pulak tak ingat langsung pasal nak bagi minum air kelapa.. masa dia demam aritu kami cuma selalu lapkan badan dia dan jaramkan dengan air asam jawa je.. mujur suami telefon mak dia,dan MIL suruh bagi minum air kelapa supaya keluarkan virus campak tu..



~hari ke-3 naik ruam2 campak~


~baru la ad semangat nak duduk,kalau tidak,baring je~


~abang dgn kaka takleh nampak kamera,nak posing je~


~kakak yang selalu senyum~


lepas ni kena selalu set kan dalam kepala,kalau anak2 demam,cepat2 bagi minum air kelapa..

Jumaat, 9 Mac 2012

bantal peluk ori tu..

aktiviti tengahari-petang nuha dan zahin biasanya tido.. fahim susah sikit nak tido siang.tapi agaknya dia bosan harini,takpun sebab dia bangun awal sangat pagi tadi,jadi tengah tengok tv dia tertido jugak..

masa nak mop lantai tadi jengah2 nuha/zahin dalam bilik.. tengok2..





tu dia.. zahin dah jadi bantal peluk nuha..huhu

zahin lak memang suka kena peluk,jadi memang lena la 2 beradik tu..

sarapan dengan pankek lagi..

~jemput makan yer~


saje nak try test lagi.. lagipun menu ni anak2 memang tak jemu. sehari makan 2/3 kali pun boleh diorang tu.. sekali makan je selalunya sorang 2 keping. tapi mesti la ada susu pekat untuk kuah cicah..


~tiap2 hari makan pankek pun tak kisah diorang ni~


~sarapan untuk anak2 yang simple~


bahan2 yang saya guna dalam buat pankek(lepas banyak kali cuba)

- 1 biji telur

- 2 susu besar gula *nak kurangkan pun boleh

- 200 ml air *biasanya resipi guna susu

- 150 gram tepung gandum *biasanya resipi guna tepung naik sendiri

- 1 1/2 - 2 sudu kecil baking powder * kalau guna tepung serbaguna/naik sendiri kurangkan kepada 1 sudu je

- 2 sudu besar / 25 ml minyak masak


cara2nya:

-pukul gula dengan telur sampai sebati. kalau guna mixer lagi baug.boleh pukul sampai kembang.

-masukkan air,miyak, kacau sebati.

-masukkan tepung gandum + baking powder, dan kacau sampai adunan sebati.

*kalau nak rasa lemak2 sikit,letak garam sikit..


p/s: boleh buat terus pankek atau rehatkan sekejap


cara masak :

- panaskan kuali/nonstick pan dengan api sederhana

- tuangkan adunan dalam 1 senduk

-tunggu dan perhatikan...bila mula naik buih2, sedia untuk di terbalikkan.

-masak bahagian yang sebelah lagi kira2 1-2 minit.

siap..

anak2 suka makan dengan susu. anda boleh cuba dengan apa2 manisan yang anda suka. sedap jugak makan kosong begitu aje.. sebab adunan tu sendiri dah ada gula..


selamat mencuba..



Rabu, 7 Mac 2012

pankek-baru tahu cara yang betul




~baru le nampak cantik dua2 belah dan naik lembut je~



minum petang untuk anak2 hari ni.. pankek.
semalam join fahim nuha tengok astro ceria(memang tiap2 hari channel tu pun)
kebetulan masa cerita scientist kid tu pasal pemanasan(ye kot).. pastu ada la citer pasal buat pankek ni.

bila diperhatikan,rupa2nya cara saya buat sebelum ni salah. patutler macam tak cantik je bahagian yang 1 lagi. saya buat macam la masak lempeng(ye le,kita kan orang kampung..mana reti pankek2 ni)..

cara yang betul.. bak dalam citer kartun tu(nenek dia yang ajar ok)

-gunakan kuali leper yang lama dan tahan panas (nonstick pan la tu).

-guna api yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas (sederhana la tu).

-pemerhatian ( masa tuangkan adunan,perhatikan bila dah naik buih2 tu,terbalikkan tanpa tunggu buih2 tu kering/masak)

*step terakhir tu yang saya silap.sebab kalau saya buat lempeng saya tunggu yang atas tu masak baru terbalikkan. pankek ni basah2 lagi dah terbalikkan.baru ler jadi perang jugak dua-dua belah.. huhu



~benar2 fahim makan~


~macam biasa,nuha makan tak pandang kiri kanan dah~


~dua beradik yang suka makan pankek cicah susu~




*p/s: lepas ni kena rajin praktis supaya pankek lagi cantik dan naik gebu..

pet woo..



setiap hari perkara wajib dalam diari anak2.. pukul 2.30 petang..mesti tengok wonderpets.. a.k.a bahasa anak2 ... pet woo...
pet tu singkatan untuk wonderpets (pelat).. dan pet woo tu adalah dalam lirik wonderpets tu sendiri..

fahim kadang2 boleh nangis kalau tak dapat tengok wonderpets. kalau tido,kena la kejutkan. kalau tak kejut,nanti bila dia bangun kena la bersedia jawab banyak kali supaya tunggu esok.. huhu

meh kita layan gambar2 anak ni melayan kartun kegemaran ramai.. hehe


~amboii,suka sangat~


~huh..khusyuk menonton~


~elok je baring semua~

Ahad, 4 Mac 2012

kerastangan nuha dan fahim

ada satu hari tu,terperasan nuha sedang asyik dok kat meja kecik.. bila pegi check,rupanya dia dok tekun menggubah bunga..(pasu jatuh,mujur tak pecah)..

dan hasilnya,boleh tahan la untuk budak umur 2 tahun 5 bulan..


~ abang pulak yang pose lebih2 ~

Sabtu, 3 Mac 2012

cooking assistant

Alhamdulillah,setakat ni anak2 sangat suka menolong.. paling diorang suka,bila dapat menolong didapur..



untuk permulaan bagi diorang lerai2kan kobis yang dah pun di potong.. ok la tu.. suka sangat nuha dengan fahim..



harapan ibu,semoga anak2 ibu sentiasa rajin menolong samapi bila2.. bukan masa kecik2 ni aje..
;)


Jumaat, 2 Mac 2012

nuha mula tunjuk minat pakai tudung..

Alhamdulillah,sejak 2/3 minggu lepas,nuha mula minta nak pakai tudung. pada awalnya pakaikan dia tudung masa nak mengaji. kemudian,setiap kali dia nampak ibu pakai tudung,dia pun minta nak tudung jugak. mujur ler belom buang lagi tudung2 lama. jadi,bermulalah aktiviti gunting dan jahit tudung untuk nuha..










Khamis, 2 Februari 2012

apa itu kraf-kraf kreatif

apa hal dgn kraf-kraf kreatif ni.. saje je nak kongsi cerita.
rancangan kraf2 kreatif ni dulu ada kat tv9.. fahim mmg suka tgk citer2 yg buat2 benda kreatif ni..
nak dijadikan cerita,masa kami kat tesco(cari brg keperluan dapur le selalunya), tetiba fahim kata nak kraf2 kreatif. aku ckp,tunggu la balik rumah dulu..

sampai kat rumah, dia ambil minuman kultur(nutrigen) tu dan ckp kraf2 tatif(pelat)..
ler,ingatkan nak tgk cerita tu,rupanya air tu yg dimaksudkannya.patutla la dia minta tu masa lalu kat kawasan minuman tu..

p/s: terpikir gak mana dia dpt idea nama tu.rupanya bila kat tv iklankan rancangan tu,ada penaja iklan bwh tu..(vitagen) itu yang lekat nama kraf2 kreatif utk minuman kultur tu.tak kira la jenama ape pun..




~sampai sekarang pun masih panggil kraf-kraf tatif.. nuha pun sama~