Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resipi. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2012

sarapan dengan pankek lagi..

~jemput makan yer~


saje nak try test lagi.. lagipun menu ni anak2 memang tak jemu. sehari makan 2/3 kali pun boleh diorang tu.. sekali makan je selalunya sorang 2 keping. tapi mesti la ada susu pekat untuk kuah cicah..


~tiap2 hari makan pankek pun tak kisah diorang ni~


~sarapan untuk anak2 yang simple~


bahan2 yang saya guna dalam buat pankek(lepas banyak kali cuba)

- 1 biji telur

- 2 susu besar gula *nak kurangkan pun boleh

- 200 ml air *biasanya resipi guna susu

- 150 gram tepung gandum *biasanya resipi guna tepung naik sendiri

- 1 1/2 - 2 sudu kecil baking powder * kalau guna tepung serbaguna/naik sendiri kurangkan kepada 1 sudu je

- 2 sudu besar / 25 ml minyak masak


cara2nya:

-pukul gula dengan telur sampai sebati. kalau guna mixer lagi baug.boleh pukul sampai kembang.

-masukkan air,miyak, kacau sebati.

-masukkan tepung gandum + baking powder, dan kacau sampai adunan sebati.

*kalau nak rasa lemak2 sikit,letak garam sikit..


p/s: boleh buat terus pankek atau rehatkan sekejap


cara masak :

- panaskan kuali/nonstick pan dengan api sederhana

- tuangkan adunan dalam 1 senduk

-tunggu dan perhatikan...bila mula naik buih2, sedia untuk di terbalikkan.

-masak bahagian yang sebelah lagi kira2 1-2 minit.

siap..

anak2 suka makan dengan susu. anda boleh cuba dengan apa2 manisan yang anda suka. sedap jugak makan kosong begitu aje.. sebab adunan tu sendiri dah ada gula..


selamat mencuba..



Isnin, 5 Mac 2012

pizza lagi


hujung minggu baru2 ni buat pizza aje.sedap bila dimakan pana2.. kali ni nak kongsi cara2 buat pizza. resipinya sama aja dgn yg sebelum ni.cuma kali ni gunakan sukatan penuh utk 500gm tepung. buat donat untuk nuha,sebab dia tak reti lagi makan pizza.

resipi asal kat sini ye - jintanmanis.com

saya ambil resipi sini jugak untuk roti/donat
dapat daripada myresipi (terima kasih HaSue)
http://www.myresipi.com/top/detail/6486


sebelum2 ni buat ikut gerak hati je..tak timbang2 pun.. jadi kalau org bertanya resipi tu yang taktau nak bagitau macammana.



ini sukatan yang saya gunakan dlm buat roti.

500 gm tepung gandum
2 sudu besar yis
190-200ml air suam (suam2 kuku je)
2 sudu besar gula
1 biji telur
50ml minyak masak
1 sudu kecil garam


cara-cara:

1- larutkan gula kemudian + yis. larutkan dan biarkan sebentar.nnt dia akan naik buih2.tp tak tunggu pun boleh.. kalau nak cepat saya tak tunggu pun..

2- masukkan telur,minyak masak,garam dan kacau sedikit. kemudian masukkan tepung separuh dahulu. gaul2kan dgn sudu.

3- masukkan lebihan tepung sikit2 dan gaulkan guna tangan. agak2 dah boleh uli, dan tepung belum habis,tak perlu tambah dah. biasanaya saya buat ada lebih sikit tepung tu.

4- uli tepung hingga tak melekat di tangan. dan kalau tangan agak kuat dan rajin,boleh la uli lagi sampai doh agak lembut dan elastik. boleh bentukkan donat/base pizza/roti.

5- tunggu doh naik (dlm 30minit). tapi kadang2 saya perlu tunggu lama bila gunakan yis2 terakhir.. (naik jugak yer)
kemudian boleh la sapu toping dan tabur filing kegemaran anda.

*untuk toping saya sapukan tomato puri yg ditambah oregano+thyme+sedikit garam.
*filing pula saya cuma letak bawang kuning yg dihiris dan hirisan sosej

6- akhir sekali topingkan dengan cheese. saya guna cheddar + mozarela.
siap dan bolehlah bakar pada suhu 170-180 darjah kira2 16-20 minit atau sehingga permukaan pizza perang.


~dah siap~

~2nd time buat. yg nipis lak~


selamat mencuba

Sabtu, 3 Mac 2012

mari cuba buat pizza

dah boleh buat roti ni,mencuba pula buat pizza..
resipi doh sama je macam buat roti2 sebelum ni.cuma kurangkan separuh bahan2nya,sebab nak buat sikit je.. percubaan.. hehe


~ menunggu untuk masuk oven ~


~ bye bye pizza hut.. dominos ~


~ muka orang tak sabar ~


~ kalau pizza beli tak makan pun.. ruapanya nak ibu buat.. ~


terima kasih kepada jintanmanis.com atas resipi pizza. toppingnya nopi buat menggunakan bahan2 yang ada di rumah..(dah minta suami belikan awal2 sebab memang dah plan nak buat pizza pun..)

resipi pizza

Pizza
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

*Untuk Doh*
250gram tepung roti
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung *nopi tak letak pun
1 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu besar marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)*nopi guna 25ml minyak masak
110ml susu segar ( atau air suam)*nopi guna air biasa/kosong
1 1/2 sudu kecil yis*nopi guna lebih kurang 1 sudu makan

*untuk filling*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit lada benggala, nenas dan tomato yang dihiris dadu

~nopi cuma letak hirisan sosej,bawang kuning dan sedikit isi ayam dipotong dadu(masakkan sekejap atas pan)

* Untuk Toping* - mix cheese@mayonis+sos cili@tomato

~utk toping nopi gunakan tomato puri + serbuk oregano+thyme+rosemary+sedikit garam.

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada dua bahagian dan bentukkan bulat seperti base pizza, cucukkan dengan garpu dan biarkan naik sedikit, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit.

5. Sapukan setiap base pizza dengan sos tomato, ratakan ke seluruh doh, tabur kan lada benggala hijau, nenas, tomato dan sosej serta toppingkan dengan mozarela cheese.

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan pizza perang., sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, Sesuai untuk sarapan dan hidangan minum petang. Selamat Mencuba.

Khamis, 5 Januari 2012

cheese kek

macam biasa, ambil resipi dari masterchef.. nak kumpul resipi yg best2 dan nanti nak cuba..
(tak tau le bila tu) hehe

nampak sgt menyelerakan..



Kek Keju Terbalik - Amita

    Bahan-bahan Kek Keju:
  • 250gm Krim Cheese
  • 4 sudu besar Sour Cream
  • 1 biji Kulit Lemon
  • ½ biji Jus Lemon
  • ½ cawan Gula Kastor
  • 2 biji Telur Putih (dipukul)

  • Bahan-bahan Sos:
  • 6 biji Strawberi (dihiris)
  • ½ cawan Gula
  • ½ cawan Air
  • 4 biji Bunga Cengkih

    Cara-cara penyediaan Kek Keju:
  • Campurkan krim cheese dengan sour krim, kulit lemon dan jus lemon.
  • Pukul telur putih sehingga kembang.
  • Campurkan 1/3 telur putih ke dalam keju campuran dan gaul sekata.
  • Kemudian campurkan 2/3 telur putih supaya sekata.
  • Masukkan dalam acuan bulat dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga 'set'.

    Cara-cara penyediaan Sos:
  • Panaskan gula, air, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga campuran sudah sekata.
  • Masukkan strawberi dan tutupkan api.

Sabtu, 31 Disember 2011

lagi resipi belut


Belut Ala-ala Unagi - Zamir

    Bahan-bahan Belut dan Sos:
  • 1 ekor Belut
  • 1 sudu besar Sos Hitam
  • 1 sudu besar Kicap Masin
  • 1 sudu besar Kicap Manis
  • 1 sudu besar Halia (dicincang)
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)

  • Bahan-bahan Cendawan Shitake Goreng:
  • 7 batang Cendawan Shitake (dihirs nipis)
  • 1 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
  • ½ biji Cili (dicincang)
  • 1 sudu kecil Daun Ketumbar (dimayang)
  • 1 sudu kecil Kicap Masin
  • 1 sudu kecil Kicap Manis
  • 1 sudu besar Minyak Neuvida

    Cara-cara penyediaan Belut dan Sos:
  • Perapkan belut dengan sos hitam, kicap masin, kicap manis, halia dan bawang putih selama 3 minit.
  • Kemudian, masukkan belut bersama bahan perapan kedalam ketuhar selama 7 minit pada suhu 150C.
  • Setelah itu, kelurkan dari ketuhar dan masukkan ikan belut tadi kedalam kuali yang panas selama 1 minit atau sehingga bahan perapan sudah pekat.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    Cara-cara penyediaan Cendawan Shitake Goreng:
  • Panaskan minyak dan masukkan cili dan bawang putih dan tumis selama 2 minit.
  • Masukkan cendawan, kicap masin dan kicap manis, dan masak selama 3 minit.
  • Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tutup api.
  • Ketepikan untuk hidangan.

    Bahan-bahan dan cara penyediaan Jeruk Halia:
  • 6 hirisan Halia (dihiris)
  • 50ml Cuka
  • 150ml Air
  • 3 sudu besar Gula
  • Cara penyediaan:Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak selama 30 minit.

resipi belut garing - kena cuba ni

tengok kat masterchef aritu,masa ujian peti saji misteri. BELUT..
boleh ler try resipi2 yg kreatif diorg.. antara yg menarik rasanya,yg nih.



Belut Semanis Anggur Semasam Cuka - Brian

    Bahan-bahan:
  • 1 ekor Belut (dibuang tulangnya)
  • 3 keping Roti Lama (dikisar)
  • 2 biji Telur (dipukul)
  • 100gm Tepung
  • Minyak
  • 3 cm Halia (dihiris)
  • 1 biji Bawang Besar (dicincang)
  • 2 biji Tomato Besar (dikuib)
  • 250gm Anggur(dipoting kecil)
  • 150ml Cuka Apple
  • 100ml Stok Ayam
  • ½ biji Lada Benggala Merah (dipotong kecil)
  • ½ biji Lada Benggala Kuning (dipotong kecil)
  • 4 batang Jagung Kecil (dipotong dua)
  • Hiasan:
  • ½ cawan Anggur
  • 3 biji‘Patty Pan Squash’ (direbus)

    Cara-cara penyediaan:
  • Panaskan kuali bersama minyak dan gorengkan belut yang disaluti tepung, telur dan serbuk roti sehingga garing.
  • Tumiskan bawang besar sehingga kekuningan dam masukkan halia dan tumis sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan tomato dan anggur dan gorengkan seketika.
  • Selepas itu, tambahkan cuka dan stok ayam dan biarkan mereneh
  • Selepas siap direneh, kisarkan renehan tadi dan masukkan kesemua bahan kisaran ke dalam periuk.
  • Gaul supaya tidak hangus dan masukkan lada benggala, jagung kecil dan biarkan mereneh sehingga masak.
  • Perasakan bersama garam dan lada secukup rasa.
  • Ketepikan untuk hidangan.
resipi2 lain leh dpt kat sini

Isnin, 14 November 2011

tiramisu chef riz..

ini semua gara2 dok tgk masterchef malaysia la.. resipi dah jumpa tapi bila la nak buat... huhu

Resepi

Tiramisu - Chef Riz

    Bahan-bahan:
  • 3 BijiTelur
  • 6 sudu the gula
  • 10 gram serbuk gelatin
  • 40ml air panas
  • 175 gram Keju Mascarpone
  • 175 gram Krim Keju
  • 250 ml Krim Memasak
  • Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
  • Jejari biskut Span
  • Serbuk Koko
  • Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla
    Cara-cara memasak:
  • Asingkan kuning telur dan putih telur

  • Adunan 1:
  • Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
  • Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

  • Adunan 2:
  • Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.

  • Adunan 3:
  • Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.

  • Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
  • Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
  • Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
  • Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
  • Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
  • Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
  • Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
  • Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
  • Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.
resipi dari : masterchef malaysia