Rabu, 21 Disember 2011

stok ubat2 fahim



inila stok ubat2 fahim yg dpt di IPHKL.. punyala byk.. dan memandangkan kami dah stop pkykan fahim krim2 ni semua,semuanya tersimpan jer.. dulu masa nak pakai dlm kuantiti yg byk cmni punyalah payah nak dapat.. bila dah berlambak gini,tak berpakai pulak..

~perbandingan fahim dulu dan skrg~

antara alternatif lain yg kami pernah cuba :

-minyak kelapa dara : sy guna nufera. apa yg kami nmpak, kelembapan kulit lebih thn lama berbanding aqueous krim. rambut pun tumbuh sbb sebelum tu rambut dia habis gugur. sampaikan dokto ambil sampel rambut sbb tgk rambut dia mc lain je.. huhu..
semua bnda klu boleh diorg nk ambil jdikan ujikaji tp hasilnya normal.. cuma masalah kulit sahaja..
terima kasih kpd kakak yg sy jumpa di RnR jejantas sg buloh kerana bg sy sedikit minyak kelapa dara utk dicuba.. sgt bermakna

- belut : ambil lendirnya utk disapu pada kulit.. dan dagingnya dimasak dan dimakan..
petuanya dapat dari seorang rakan kpd suami.. tk silap sy dia dpt dri pusat perubatan islam darussyifa'

- sejenis krim dari kedai ubat cina : ms tu balik kg masa hari raya puasa. tk silap sy dlm tahun 2009. seorang saudara bagitau anak dia elok lps cuba krim tersebut.. kami pun cuba, alhmadulillah.. lepas sekali sapu pun dah nampak kesannya.. luka akibat digaru tu, berubah menjadi 1 lapisan baru kulit..
dan hrganya murah je.. sebekas kecil hanya rm4..

macam2 lagi kami pernah cuba.. sabun mandian. pernah guna sabun mandi laut mati (abg sy bw dri jordan). nampak juga kesannya.. tp anak akan menangis sbb pedih.

bawa mandi air panas. selang beberapa hari lepas mandi air panas tu, kulit dia akan kering sgt dan merekah2.. lagi kesian.. so ,stop

pelbagai losyen.. antaranya cetaphil, french oil (yg ni pun agak pedih pd kulit) mmg dia kan menangis bila sapu. even nmpak sy pegang botolnya pun sia dah menjerit dulu.. huhu..

mandikan dgn air asam keping.. petua dpt dari org kg dan dari mak saya. rendam asam keping dlm air panas. then jiruskan pada anak ( campur air sejuk le bila nak jiruskan tu)
memang sgt pedih dan anak akan melompat2 kepedihan dan menjerit pedih.. setiap kali buat sy pun bergenang air mata.. (skrg ni pun dah bergenang sbb teringat)..

apa yg pasti, setiap kali lps mandi, cepat2 sapukan pelembap.. tk kisahlah ape pun, losyen/minyak ke.. supaya kulit dia lembap dan tak kering. gatal tu disebabkan kulit dia kering..








Selasa, 13 Disember 2011

menangis kerana makan??

aritu mkn2 breakfast,saje bg nuha dgn fahim pelbagai jenis cheese utk dicuba..
tiba2 nuha menangis.. kemudian dia luahkan semula makanan dlm mulut dia.. panik sekejap sbb pada hari sebelumnya nuha jatuh,dan bibir atas serta gusi pada gigi atas yg bersambung pada bibir sebelah dlm dia ada koyak sket.. bila tanya sakit ker, dia tak menjawab dan masih menangis..

dlm pada dok mkn2 tu,terasa nak cuba cheese yg nuha mkn td.. dan rupanya,dah tau kenapa nuha menangis.. rasanya pelik,mcm ada fungus(mcm roti yg berkulat la jugak).. patutla nuha menangis..

bukan sbb sakit mulut tu.. huhu


~ni ler cheese yg buatkan nuha menangis.. huhu~



Jumaat, 25 November 2011

Mari belajar

Sejak dapat buku-buku dan alat tulis yang nenek bawa dari rumah maklang,fahim dgn nuha rajin betul conteng2 dan menulis. semalam ajar fahim menulis. fahim dah boleh kenal huruf jadi agak senang ajar dia menulis.



Rabu, 23 November 2011

Pisang goreng

Pisang belakang rumah berbuah lagi.. alhamdulillah,besar2 buahnya..
sebiji pisang je boleh dpt sepinggan..


~pisang goreng dari sebiji sahaja~



mudah-mudahan rezeki kami melimpah ruah.. amin.

Pankek @ lempeng naik

sejak kebelakangan ni rajin sgt la buat pankek.Fahim dgn nuha mmg suka.sebelum2 ni buat lempeng biasa je.diorg cicah dgn susu.bila ada baking powder,try la letak.. baru tau camtu rupanya buat pankek..huhu..

daripada pankek cicah dgn susu,skrg terrus oleskan dgn butter n susu bila siap n masih panas2 tu.. klu tak,bila taruk susu kat pinggan,jawabnya lempeng ada lagi tapi susu dah licin.. hish..


~yg ini versi butter n susu~


~ala ala apam balik.. tp tkde kacang tumbuk~

Isnin, 14 November 2011

aqueous krim


dulu,krim ni mmg tiap2 hari digunakan kat kulit fahim.. memang pakai dlm kuantiti yg byk dan kdg2 itulah jugak yg dijadikan sbg mandian dia.. pastu baru tau info psl nih..
dlm stok masih ada 1kg krim aqueous ni..




info selanjutnya kat sini : Aqueous Cream dan Eczema
Linkwww.drzubaidi.com



"Tetapi kajian oleh Dr Manda Tsang yang diterbitkan dalam Jurnal Dermatology mendapati ramai pesakit eczema merasa pedih akibat penggunaan bahan pencuci ini. Sebelum ini kebanyakan mereka menganggap kepedihan tersebut disebabkan oleh kesan bahan pelembap pada krim itu.

Rupa-rupanya krim aqueous akan menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pesakit mengalami kepedihan kerana krim ini mengandungi bahan pencuci (detergent) dinamakansodium lauryl sulphate
Dalam satu kajian yang dilakukan di Bath University di UK, mendapati krim aqueous mengurangkan ketebalan kulit yang sihat lebih dari sepuluh peratus selepas penggunaan selama empat minggu. Mereka mendapati sukarelawan yang menjadi ‘pesakit’ kehilangan air dalam jumlah yang agak ketara.
Prof Richard Guy, professor di Jabatan Sains Farmaseutikal di universiti itu menyatakan bahan SLS ini digunakan untuk mengadun minyak paraffin dengan baik dan berbentuk krim. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan gel mandian dan bahan kosmetik lain.
Tetapi apabila digunakan dalam masa yang lama, SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu menyebabkan kulit pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.




dah baca pasal topik ni baru teringat, dulu2 tu bila sapu kat kulit fahim yg merah2 tu,akan kuar air dari kulit dia.. pastu dia kan lagi rs nak menggaru..
dah lama pun stop pky aqueous ni.. kami lebih prefer guna minyak kelapa dara..


tiramisu chef riz..

ini semua gara2 dok tgk masterchef malaysia la.. resipi dah jumpa tapi bila la nak buat... huhu

Resepi

Tiramisu - Chef Riz

    Bahan-bahan:
  • 3 BijiTelur
  • 6 sudu the gula
  • 10 gram serbuk gelatin
  • 40ml air panas
  • 175 gram Keju Mascarpone
  • 175 gram Krim Keju
  • 250 ml Krim Memasak
  • Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
  • Jejari biskut Span
  • Serbuk Koko
  • Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla
    Cara-cara memasak:
  • Asingkan kuning telur dan putih telur

  • Adunan 1:
  • Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
  • Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).

  • Adunan 2:
  • Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.

  • Adunan 3:
  • Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.

  • Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
  • Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
  • Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
  • Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
  • Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
  • Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
  • Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
  • Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
  • Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.
resipi dari : masterchef malaysia