Isnin, 9 April 2012

anak2 beriadah (janji ditepati)


~puashati sangat dah nuha dengan fahim dapat main bola kat stadium~


dah lama berjanji nih.. sejak mula2 pindah rumah dah pasang angan2,weekend boleh bawak fahim jalan2,sambil ibu dan ayah jogging.. tapi,

setelah hampir 4 tahun barulah semuanya tertunai..

inilah kali pertama bawa anak ke stadium yang tak jauh mana pun dari rumah.. jalan kaki(jogging) pun boleh sampai..
sempena meraikan zahin dah sihat dari demam campak dan nak menceriakan anak2,jadi bawak sekali basikal,bola untuk diorang main. dan tak lupa,bawak breakfast sekali..(macam jauh)

orang pegi stadium pagi2 bersenam,kami piknik lak.. tapi tak proper pun..setakat nak hilangkan lapar je.. pastu sambung makan kat rumah..


~punya besar bola~




Ahad, 8 April 2012

kisah zahin dalam seminggu

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-8 sejak dari zahin demam sabtu lepas,31mac. dan hari ni nampaknya zahin dah mula menunjukkan tanda2 dia sihat.. dia dah mula aktif,main2,merangkak,panjat2.. dan ruam2 kat badan dan muka dia pun dah tak nmapak.. cuma ada sikit je lagi kat bahagian kaki.. cepat jugak kesan dari bagi minum air kelapa muda.

hari isnin,2 April masa bawa ke klinik dah kena ambil darah,dan keputusannya,takde apa2 kuman. masa tu pun dah 2 kali kena cucuk. kai pertama misi cucuk kat belkang tapak tangan,tapi darah tak keluar. lepas tu dia hantar ke kecemasan. alhamdulillah,dia cucuk sekali je,dah dapat.tapi dia cucuk pada pelipat siku.

hari Khamis,5 April, kena cucuk lagi sebab demam tak baik2 dan mula naik2 ruam.doktor syak demam campak,jadi kena bagi sampel darh,air kencing dan air liur(tekak). kali ni misi kat bilik darah terus hantar kat kecemasan(sebab dia yg cucuk aritu tapi darah tak keluar pun).
kali ni diorang cucuk kat pelipat siku jugak,tapi yang lagi sebelah tu. 2-3 kali kena cucuk,tapi darah tak keluar.sebba urat tu dioang tak nampak pun,harapkan diorang tekan2,picit2 untuk rasa kat mana keduudkan urat tu. sampaikan misi ke-2 cucuk baru dapat. memang zahin menjerit/nangis tak ingat. ibu pun turut nangis jugak..

hari jumaat,6 April. masa suami hantar urine ke klinik,doktor mintak supaya zahin dibawa ke klinik lagi kalau masih tak aktif untuk ambil darah. huh,cucuk lagi.
yang kali ni paling haru. dah la kedua2 tangan dia dah ada lebam/bekas cucuk,nak kena cucuk lagi.
kesian zahin,dalam seminggu ni,banyak kali tangan dia kena cucuk untuk ambil darah. yang tak tahannya,diorang salah cucuk. cucuk2,tapi darah tak keluar. pulak tu bila cucuk,darah tak masuk kat jarum,tapi bocor dan meleh keluar.. zahin dah nangis/jerit sebab sakit. terbayang2 lagi muka zahin masa dia kena cucuk. dia menjerit sampaikan macam nak kejang. misi pulak sampai 2-3 orang dok pegang dia. dah ler dibalutnya zahin(bedung),pastu sorang pegang kaki,sorang peluk badan dan pegang tangan,sorang lagi yang tukang cucuk. suami sampai dah hilang sabar,cucuk2 tapi darah tak jugak keluar. last2 kami ambil je zahin dan balik. diorang pulak sikit pun tak mintak maaf. rasa macam dah serik nak bawak anak2 ke klinik kesihatan ni. dalam erti kata lain,klinik/hospital kerajaan.

sampaikan nak baringkan zahin atas katil tu pun dia dah nagis/jerit sebab fobia. macam fahim dulu fobia tengok misi/doktor berbaju seagam putih.

zahin demam campak rupanya.. pada mulanya zahin hanya demam2 biasa,tapi berlarutan sampai 6 hari.. hari ke-5 tu,muka dan badan dia mula naik ruam.. kami pulak tak ingat langsung pasal nak bagi minum air kelapa.. masa dia demam aritu kami cuma selalu lapkan badan dia dan jaramkan dengan air asam jawa je.. mujur suami telefon mak dia,dan MIL suruh bagi minum air kelapa supaya keluarkan virus campak tu..



~hari ke-3 naik ruam2 campak~


~baru la ad semangat nak duduk,kalau tidak,baring je~


~abang dgn kaka takleh nampak kamera,nak posing je~


~kakak yang selalu senyum~


lepas ni kena selalu set kan dalam kepala,kalau anak2 demam,cepat2 bagi minum air kelapa..

Sabtu, 7 April 2012

FAMILYDAY TOK ALI 2/2012





cuti sekolah yang lepas,10-11 mac 2012, kami bercuti ke melaka, sambil berhari keluarga bersama sanak saudara sebelah bapak iaitu anak2,cucu2,cicit2 kepada Atok Ali. memandangkan keluarga sebelah bapak agak besar dan sebahagiannya berhijrah ke singapura,jadi inisiatif diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara kami. program hari keluarga pada kali ni adalah kali yang ke 2. kali pertama program ni dianjurkan di melaka juga,tetapi di Shah Beach Resort. untuk kali ke 2 ni diadakan di Kemunting Beach Resort.


~ini hanya sebahagian dari yg hadir~


familyday kali ni agak mendapat sambutan ramai berbanding yg sebelum ni.. dan Insyaallah 2 tahun lagi akan menyusul pula FDDA 3/2014..


~ini je dari wakil dari keluarga kami~


~siap buat tshirt familyday lagi~


~penyelamat persembahan kami hari tu~


~dari persembahan model cilik~


familyday kali ni siap kena buat persembahan dari setiap keluarga..memeandangkan keluarga pak embi(kami le tu) agak malu2 kucing.. jadi kami gunakan anak2 kecik jadi model.. dah ler tak prepare.. harapkan zahin la jadi penyelamat sebab jadi bumblebee yang comel.. tertido lak tu.. ibu goyangkan dia konon2 terbang lagi syok dia tido...huhu

mula2 tu ingatkan dapat nombor corot dah.. tapi rupanya dapat nombor 8.. ok ler tu.. semua family ada 10,kira tak corot sangat la kan.. hehe



Jumaat, 9 Mac 2012

bantal peluk ori tu..

aktiviti tengahari-petang nuha dan zahin biasanya tido.. fahim susah sikit nak tido siang.tapi agaknya dia bosan harini,takpun sebab dia bangun awal sangat pagi tadi,jadi tengah tengok tv dia tertido jugak..

masa nak mop lantai tadi jengah2 nuha/zahin dalam bilik.. tengok2..





tu dia.. zahin dah jadi bantal peluk nuha..huhu

zahin lak memang suka kena peluk,jadi memang lena la 2 beradik tu..

sedeh dan rasa bersalah kat anak2




~sampai naik kulat dah muffin/cupcake ni~


ini semua gara-gara nak sorokkan kat tempat yang diorang tak boleh ambil sendiri. akhirnya sendiri pun lupa..

dan penyudahnya,entah lepas berapa minggu dah berlalu baru terperasan akan kewujudan benda nih..

rasa haru tadi bila nuha cakap "kuih adik"..


p/s: moralnya,kalau anak2 dah pegang dan buka makanan tu bagi je la.. dah jadi macam ni kan ke pembaziran namanya.. huhu

sarapan dengan pankek lagi..

~jemput makan yer~


saje nak try test lagi.. lagipun menu ni anak2 memang tak jemu. sehari makan 2/3 kali pun boleh diorang tu.. sekali makan je selalunya sorang 2 keping. tapi mesti la ada susu pekat untuk kuah cicah..


~tiap2 hari makan pankek pun tak kisah diorang ni~


~sarapan untuk anak2 yang simple~


bahan2 yang saya guna dalam buat pankek(lepas banyak kali cuba)

- 1 biji telur

- 2 susu besar gula *nak kurangkan pun boleh

- 200 ml air *biasanya resipi guna susu

- 150 gram tepung gandum *biasanya resipi guna tepung naik sendiri

- 1 1/2 - 2 sudu kecil baking powder * kalau guna tepung serbaguna/naik sendiri kurangkan kepada 1 sudu je

- 2 sudu besar / 25 ml minyak masak


cara2nya:

-pukul gula dengan telur sampai sebati. kalau guna mixer lagi baug.boleh pukul sampai kembang.

-masukkan air,miyak, kacau sebati.

-masukkan tepung gandum + baking powder, dan kacau sampai adunan sebati.

*kalau nak rasa lemak2 sikit,letak garam sikit..


p/s: boleh buat terus pankek atau rehatkan sekejap


cara masak :

- panaskan kuali/nonstick pan dengan api sederhana

- tuangkan adunan dalam 1 senduk

-tunggu dan perhatikan...bila mula naik buih2, sedia untuk di terbalikkan.

-masak bahagian yang sebelah lagi kira2 1-2 minit.

siap..

anak2 suka makan dengan susu. anda boleh cuba dengan apa2 manisan yang anda suka. sedap jugak makan kosong begitu aje.. sebab adunan tu sendiri dah ada gula..


selamat mencuba..



Rabu, 7 Mac 2012

pankek-baru tahu cara yang betul




~baru le nampak cantik dua2 belah dan naik lembut je~



minum petang untuk anak2 hari ni.. pankek.
semalam join fahim nuha tengok astro ceria(memang tiap2 hari channel tu pun)
kebetulan masa cerita scientist kid tu pasal pemanasan(ye kot).. pastu ada la citer pasal buat pankek ni.

bila diperhatikan,rupa2nya cara saya buat sebelum ni salah. patutler macam tak cantik je bahagian yang 1 lagi. saya buat macam la masak lempeng(ye le,kita kan orang kampung..mana reti pankek2 ni)..

cara yang betul.. bak dalam citer kartun tu(nenek dia yang ajar ok)

-gunakan kuali leper yang lama dan tahan panas (nonstick pan la tu).

-guna api yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas (sederhana la tu).

-pemerhatian ( masa tuangkan adunan,perhatikan bila dah naik buih2 tu,terbalikkan tanpa tunggu buih2 tu kering/masak)

*step terakhir tu yang saya silap.sebab kalau saya buat lempeng saya tunggu yang atas tu masak baru terbalikkan. pankek ni basah2 lagi dah terbalikkan.baru ler jadi perang jugak dua-dua belah.. huhu



~benar2 fahim makan~


~macam biasa,nuha makan tak pandang kiri kanan dah~


~dua beradik yang suka makan pankek cicah susu~




*p/s: lepas ni kena rajin praktis supaya pankek lagi cantik dan naik gebu..