Rabu, 28 November 2012

rajinnya dia....

semalam, dok dengar la 2 beradik: nuha dan fahim ni kecoh-kecoh.. tapi tak dengar butir bicaranya sebab dok melipat kain. pastu bila nak ambil kain baju diorang.. tengok2, dah siap lipat.. siap asing2, baju fahim, baju nuha. rupanya yang kecoh tu sebab masing2 berebut nak lipat kain baju sendiri.

dah alang-alang diorang lipat, ibu pun ambil hati suh diorang bergambar. yang tak tahannya, masa ibu dok ambil handphone, nuha sibuk cari anak patung.. huhu, anak patung pun masuk bergambar jugak... hehe

~bila datang rajin,tak perlu disuruh pun dah buat~


~hasil lipatan 2 beradik~


~nuha sibuk nak tayang kainbaju yg dia lipat~



dah siap lipat,ibu siap mintak diorang susun kan sendiri kainbaju yang diorang lipat.. pastu fahim dah mula nak mengeluh.. tapi,bila puji2 sket,dia buat jugak.. zahin pun menolong.. suka sangat dia dapat tolong abang dan kakak    ;)


*Alhamdilillah, fahim,nuha dan zahin rajin tolong ibu. mudah-mudahan rajin sampai bila-bila... amin.

Jumaat, 3 Ogos 2012

keti-keti @ slot seram tv3

kami jarang nak layan sangat cerita2 seram ni.. tapi sebab ada 1 cerita yang seram dan agak kelakar, kami tengok juga la kadang2.. citer amukan pocong.. dan bagi nuha dan fahim diorang bukan kata pocong.. tapi cakap "keti-keti".. sebabnya setiap kali pocong tu nak gerak,kan dia berguling dgn plastik dan ada bunyi keti-keti..

dan sampai sekarang kalau diorang nampak iklan atau cerita yang seram2 atau 'antu' yg pakai lens putih tu.. "keti-keti".. haha

p/s: tak jadi seram dah.. jadi cerita lawak pulak

Isnin, 25 Jun 2012

satar @ aziz satar....


apa yang istimewa sangat aziz satar ni? kalau tanya kawan2 atau orang kuantan/kemaman..tentu diorang akan syorkan aziz satar ni...






~korang fikir-fikirkan lah kenapa ramai yang syorkan aziz satar~


harga satar sama sahaja.. 50sen sebiji ataupun lebih tepat RM5.oo untuk 10 biji.. tapi kualiti? korang cuba dan tentukan lah sendiri..

Jumaat, 22 Jun 2012

kelebihan/keajaiban anak-anak..

KES 1

2 hari lepas, masa nak guna penimbang baru perasan macam dah rosak sikit.. jarum penimbang tak boleh pegi kat '0'.. paling dekat pun kat 400gm.. sedih jer.. baru teringat aritu zahin 'mengemas' dapur,abis semua ditarinya dan antara yang terhempas adalah penimbang tu.. huu...

tetiba tengahari ni zahin buat lagi(memang tiap hari pun buat sebenarnya).. tapi arini dia dapat lagi penimbang tu dan dia hempas lagi.. huu.. tak sempat nak sambut.. zahin memang pantas..

tapi bila tengok2 balik.. aik... jarum tu dah pegi dekat '0'.. rupanya dia 'repair' balik...





KES 2

cerita ni berlaku masa kami pergi ke terengganu untuk majlis penikahan adik. kami sewa mpv (nazaria).
entah bila dan macammana.. tingkap belakang sebelah kiri dibuka.. dan yang bukanya adalah 'fahim'.
memang ada dengar masa dalam kereta tu fahim cakap 'yey,fahim berjaya buka'. tapi tak perasan ape yg dia maksudkan tu..

masa kami nak balik ke KL semula, terdengar en suami bising2 masa loading barang dalam kereta. pegi jengah,rupanya, baru perasan tingkap belakang tu terbuka.. patutlah sebelum tu mcm dgr je bunyi angin...
puas en suami cuba tutup..tak berjaya.. dan adik ipar pun cuba.. tak boleh juga.. nak tak nak,terpaksa la biarkan aje.. takut dok tekan tarik beriya sangat rosak/patah pulak..dah la kereta sewa..

dalam perjalanan balik,singgah jap kat tepi jalan untuk beli jagung.. dan, tengok2.. tingkap dah tertutup.. bila tanya, selamba je fahim jawab 'dah tutup'.. pada asalnya en suami nak 'bagi hukuman' kat fahim dengan menarik balik janji nak belikan "kraf-kraf tatif"..  tapi akhirnya kena tarik balik 'hukuman' tu...


p/s : moral nya.. setiap anak ada kebolehan masing-masing..

Selasa, 19 Jun 2012

Bedung Bayi - batch 3


Kain bedung dari cotton flannel ini sangat selesa dan sesuai untuk bayi.

Fungsi Bedung

- Melenakan bayi sewaktu tidur dan mengelakkan bayi terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat.
- Membantu mendisplinkan waktu tidur bayi
- Membantu anda mendapatkan rehat badan yang secukupnya dalam tempoh berpantang tanpa mendapat gangguan daripada bayi anda.

Kelebihan Bedung

- Kain bedung ini diperbuat daripada cotton flannel yang akan memberi keselesaan kepada bayi ketika memakainya disamping merasa kedap apabila dibalut pada tubuh bayi.
- Kelihatan lebih cantik kerana ianya didatangkan dalam pelbagai warna dan corak- Mudah dicuci dan cepat kering.

saiz yang besar 1meter x 1meter

cuma rm10 sahaja (tak termasuk pos)



* setiap corak hanya 2 unit sahaja..













boleh juga tengok di sini

Rabu, 2 Mei 2012

bedung bayi

stok baru kain bedung bayi..


Kain bedung dari cotton flannel ini sangat selesa dan sesuai untuk bayi.

Fungsi Bedung

- Melenakan bayi sewaktu tidur dan mengelakkan bayi terkejut apabila mendengar bunyi yang kuat.
- Membantu mendisplinkan waktu tidur bayi
- Membantu anda mendapatkan rehat badan yang secukupnya dalam tempoh berpantang tanpa mendapat gangguan daripada bayi anda.

Kelebihan Bedung

- Kain bedung ini diperbuat daripada cotton flannel yang akan memberi keselesaan kepada bayi ketika memakainya disamping merasa kedap apabila dibalut pada tubuh bayi.
- Kelihatan lebih cantik kerana ianya didatangkan dalam pelbagai warna dan corak- Mudah dicuci dan cepat kering.

saiz yang besar 1meter x 1meter

cuma rm10 sahaja (tak termasuk pos)


boleh juga tengok sini untuk stok baru;

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3483004166962.146848.1627101709&type=1



terima kasih

Jumaat, 13 April 2012

aktiviti anak2 setiap hari

~Zahin dah tunggu ni nak kuarkan mainan2 ni semua~


setiap hari,selalunya isnin-jumaat fahim,nuha dan jugak zahin akan bermaharajalela,mensepah-sepahkan barang mainan diorang.. mentang2 ayah pegi keje.. nanati dah petang baru kelam kabut diorang kutip/kemas balik... sambil kemas, si abang dengan kaka dok cakap, 'cepat,kemas.. nanati ayah balik.. nanati ayah marah'.. maknanya takut dengan ayah je la ni? ayah je ke yang marah? ibu tak marah ke?

ibu dah tak larat nak tegur/marah.. lagipun kalau diorang tak main barang2 tu,kang diorang buat mende lain pulak.. kacau zahin.kacau ibu..lagi haru..



~pagi2 lagi fahim akan keluarkan kotak mainan dan letak depan pintu bilik~


~cara untuk buang majalah2 yg 'nak buang tapi sayang'~


~tengok tu tu,kecik2 dah baca komik,huhu~