Isnin, 8 Julai 2013

sale @ mydin Jalan Masjid India, Kuala Lumpur


Mydin Textile Emporium Clearance Sale 2013 300x202 Clearance Sale by Mydin Textile Emporium



masa jumpa mak malam tadi, mak bagi baju yg dibeli utk fahim dgn zahin. kata mak, ada sale dekat mydin. tu yg memborong. murah2..

terima kasih nenek. dah ada baju raya sepasang. hehe

so, nak kongsikan dgn kawan2, kot2 nak cari baju raya untuk anak2. tapi mak saya ckp, semalam memang sangat sesak. sbb hari ahad kot. sape2 yg keje KL tu boleh la curik masa. masih ada 2 hari lagi

bahana jerebu ke?

malam tadi pegi ampang, hantarkan kurma mak dgn air zamzam. dalam borak2 dgn mak, baru tau rupanya hrga nrg basah sekarang dah mahal. mak cakap, ayam sampai rm9.50 sekilo.. ikan lagi la. katanya jerebu ni menyebabkan ayam2 mati. nelayan tak ke laut.

suami cakap : patutla tengahari tu beli lauk, harga macam tak masuk akal

lauk :
-3 ekor ikan kembong goreng sambal (lebar 2 jari lebih)
-semangkuk gulai ayam (isi ayam kiub)
-sepiring kerabu mangga
-sepiring ulam (pegaga/kcg botol/jering) + budu

rm20.. bila balik rumah,sy tgk saiz hidangan lauk2 tu, adoii..

moral : masak kat rumah je la lagi puas hati. 



Sabtu, 6 Julai 2013

jom makan

masa nak masak untuk lunch tadi, dok fikir menu apa la. tapi dah keluarkan ikan patin dgn ikan talapia.
teringat pulak ada bunga kantan sekuntum yg dah petik minggu lepas. apa lagi, buat gulai tempoyak la..

gara2 kami memborong ikan2 kat tesco minggu lepas. mmg minggu ni mewah dgn lauk. mujur la anak2 semua makan je ikan sungai. ikan keli goreng smlm pun masih ada seekor yg tak habis.

so, kepala dan ekor ikan patin buat msak gulai tempoyak. 2 bahagian badan lagi tu goreng. ikan talapia pun goreng je.

pastu buat sambal utk ikan keli.

done.

fahim pulak sekarang suka sangat makan nasi dgn sambal.


walaupun pada mulanya macam tkde selera je nak makan tapi bila dah pekena gulai tu,dah susah nak stop pula..haha

kucing oh kucing

mainan kucing ni kitorg guna dlu utk takutkan nuha dgn fahim. masa tu diorang ni mmg takut kucing. klu kucing lalu mmg menjerit,nangis2.

tapi sejak pegi umah maklong diorang kat pasir mas,kelantan. diorang ni dah tak takut kucing. dah siap boleh pegang,belai kucing lagi. gara2 kucing kat umah maklong yg bernama 'olen' tu sgt jinak dan baik. keluar suara pun tak.

dah sejak dari tu, diorang ni terjumpa la pulak mainan kucing ni.. nuha asyik kelek ke sana sini. buat suara kucing la.bawak tido la. macam2. sampai confuse ingat ada kucing dlm umah.

pagi tadi, memang betul2 kucing2 dah jengah kepala dalam umah. memula buat tak tau je,sbb ingat diorang ni dok main2. ha..kan dah kena..

pastu belek handphone, terjumpa gambar2 ni...





entah bila masa la diorang ambik gambar kucing ni. 2-2 mata kucing ni dah ditarik keluar. isi perut (tempat bateri) pun dah di keluarkan.. ekor dah tkde..

Jumaat, 5 Julai 2013

Rawatan & pencegahan sakit belakang dan sakit pinggang




 Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang termasuk postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:
• Obesiti
• Merokok
• Tekanan
• Keadaan fizikal tidak elok
• Postur badan yang salah
• Posisi tidur tidak elok
• Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur.

Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

Diagnosis Dan Rawatan
Masalah sakit belakang dapat dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar - X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) ialah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan adalah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang:

1)      Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas.
2)      Mandi air suam membantu merehatkan otot.
3)      Berehat di katil (baring).
4)      Bersenam
5)      Bagi sakit belakang akut dan kronik, Doktor akan memberikan ubat untuk merawat. . Selain itu terapi intervensi  termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural
1)      Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan

P/S: Bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

Merawat sakit belakang dengan senaman Qigong

senaman juga

sumber : http://kongsibersamanora.blogspot.com/2012/01/merawat-sakit-belakang-dengan-senaman.html

Assalamualaikum guys.. Kali ini kita belajar cara2 senaman Qi Gong dari China. Senaman ini sudah diamalkan oleh mereka sejak 1500 dahulu untuk memberi keutamaan kepada kekuatan, batang tubuh terutama tulang belakang. Mereka gelarkan gaya ini ular, naga dan white Crane. 

Cook happy meals today

Senaman Qi Gong mempunyai 3 kategori iaitu lembut, sederhana dan keras. Salah satunya kategori senaman lembut untuk otot dan tendon yag merehatkan semasa menggerakkan sendi untuk menjalankan peredaran darah dan sendi bertambah baik.
  • Mula2 lembutkan tubuh badan kita. Pastikan semasa membuat senaman ini perut tidak terlalu kenyang dan tidak kosong. Angkat kedua2 lengan dan sikut betul-betul di hadapan dada dengan tapak tangan menghadap ke bawah. Kemudian, pusing badan anda dari sisi ke sisi perlahan-lahan. Ini akan melonggarkan otot batang tubuh secara perlahan2. Ulangi enam kali setiap sisi.
  • Posisi yang sama dengan mengangkat tangan berlipat betul2 berada di hadapan dada. Kunci jari antara kedua2 tangan dan gerakkan pinggul ke hadapan seperti membongkok untuk mendapatkan pergerakan gelombang menaik semasa membuat pusingan pada kedua-dua tangan ke depan dan kemudian ke bawah secara berterusan. Gerakan ini adalah untuk menggerakkan batang tubuh dengan perlahan-lahan untuk melonggarkan otot.
  • Selepas membongkok terus naikkan badan perlahan2 seperti menegak dengan tangan keatas tanpa melepaskan jari2.
  • Letakkan tangan di pinggang dan pusingkan pinggang secara mendatar perlahan2. Pertama - Pusing bulatan ke sebelah kanan beberapa kali dan disusuli bahagian kiri. Jika mengalami sakit, hayunkan pinggang dengan anggaran sederhana besar. Tapi kalau tidak merasa sakit maka bolehlah dibesarkan hayuan pinggang seperti bulatan besar. Ini akan melonggarkan belakang kawasan yang lebih rendah dan sendi pinggul yang menyebabkan sakit pinggang dan belakang. Semasa lakukan senaman ini jangan sekali2 menahan nafas kerana otot mudah menjadi tegang.
REGANGAN
Selepas membuat senaman pertama dikawasan pinggang, kita perlu meregangkan batang tubuh pula. Sekiranya membuat regangan batang tubuh dengan betul, kita boleh merasakan rangsangan sel-sel ke dalam badan dengan sangat selesa, dan ini akan meningkatkan Qi dan peredaran darah dengan baik.

  • Kunci jari antara kedua2 tangan dan angkat tangan di atas kepala diikuti ousing sedikit badan seperti menolak ke atas dengan tangan anda dan tolak ke bawah dengan kaki anda. Lakukan dengan lembut dan relaxing untuk elakkan dari otot2 menjadi tegang. 
  • Kemudian tegakkan badan dan lakukan 5 saat posisi kekiri dan 5 saat posisi kekanan   dengan tenang. Jika melakukan regangan ini dengan betul akan merasakan otot-otot di kawasan pinggang merasa tegang sedikit kerana otot2 sedang ditarik secara serentak dari bahagian atas dan bawah. Relaxkan minda dan tenangkan diri. Lakukan beberapa kali sahaja.
  • Seterusnya bongkoknya badan ke hadapan perlahan-lahan dengan tangan mencecah jari kaki selama sepuluh saat untuk melonggarkan bahagian bawah tulang belakang.
  • Akhir sekali, jika boleh, mencangkung dengan keadaan kaki dilekatkan dengan kedua2 lutut untuk meregangkan buku lali.
  • Sambil mencangkung kita tegakkan badan dan mengangkat tumit untuk meregangkan jari-jari kaki. Ulangi keseluruhan proses sebanyak tiga kali. Selepas selesai, dalam badan akan rasa sangat selesa dan hangat.
  • Bangun dengan perlahan2 dan diri tegak sambil kunci jari tangan kemudian buat pusingan pinggang seperti bulatan dengan perlahan2. 

Want an ultra-even, flawless foundation finish?

Nota
Selepas membuat senaman Qigong kita akan merasaan belakang otot batang tubuh lebih sakit dan menyakitkan berbanding sebelum melakukan senaman. Ini adalah perkara biasa. Terdapat dua sebab untuk ini. Pertama - kita menjalankan otot dan tendon yang kita jarang lakuan sebelum ini. Keadaan akan menjadi lemah dan sedikt tegang. Kedua - Selepas melakukan senaman Qigong, peredaran Qi dan darah akan lebih aktif pada sistem saraf di kawasan otot2 dan akan rasa sedikit sakit atau tegang. Jadi untuk permulaan, kita lakukan dengan perlahan dan tidak keterlaluan.
P.S. Senaman yang terlalu banyak boleh menyebabkan kecederaan dan jika terlalu sedikit tidak akan berkesan pula. Jadi jangan paksa diri untuk melakukan senaman yang berat jika tidak mampu. Lakukan dengan hati yang tenang, gembira serta kosongkan minda. InsyaAllah akan lebih baik kesihatan tubuh badan kita dari sebelumnya...

Kredit info untuk YmaaDotcom

4 Rawatan Mengurangkan Sakit Belakang

ini juga antara senaman untuk sakit belakang
Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.


Sakit belakang
Sakit belakang - loscuatroojos.com


Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.


Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)


Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;


1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.

2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.

3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.

Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.

4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di samping dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang.


Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah:


Senaman sakit belakang
Senaman sakit belakang - www.jordanmeadows.com

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlulah mengamalkan postur yang betul setiap kali duduk, berdiri dan ketika mengangkat bebanan; kekalkan berat badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan osteoporosis.

Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/06/4-rawatan-mengurangkan-sakit-belakang.html#ixzz2YBqv4b9y