ini juga antara senaman untuk sakit belakang
Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.
Sakit belakang - loscuatroojos.com
Kesannya
nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda
mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot
kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.
Sehubungan
itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan?
Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)
Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;
1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.
2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.
3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.
Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.
4.
Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di
samping dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang.
Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah:
Senaman sakit belakang - www.jordanmeadows.com
Sebagai
langkah berjaga-jaga, anda perlulah mengamalkan postur yang betul
setiap kali duduk, berdiri dan ketika mengangkat bebanan; kekalkan berat
badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil
kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan
osteoporosis.
Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2010/06/4-rawatan-mengurangkan-sakit-belakang.html#ixzz2YBqv4b9y
Tiada ulasan:
Catat Ulasan