terjumpa artikel ni.
sangat berinformasi buat ibu2 diluar sana...
KENALI MASALAH RUAM KULIT BAYI DAN CARA MERAWAT
1. Ruam panasDalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup.
Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik
merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.
Rawatan : Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan
selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain
kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda
berbanding nilon dan poliester.
2. Ruam LampinRuam lampin pula
merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi.
Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai
lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.
Rawatan
: Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil.
Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas
sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada
penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit
yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.
3. Ruam SusuRuam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.
Rawatan : Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.
Ekzema
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan
dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata,
leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih
teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.
Rawatan :
Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema
secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang
mudah.
Alergi
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa
gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada
makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan
sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan
dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan
(misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak),
disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).
Rawatan : Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk
menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan
cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah
hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila
digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.
Selasa, 18 Februari 2014
Rabu, 22 Januari 2014
STOK BARU KAIN COTTON FLANNEL
![]() |
| ~ stok kain cotton flannel~ |
untuk melihat setiap corak,sila ke fb page kami : toko-anggerik.
terima kasih
Rabu, 31 Julai 2013
baju anak2..
apa persiapan raya?
kuih raya mmg tak buat la.
buat baju anak2 je..
fahim dan zahin baju melayu sorang sepasang
nuha, saya buatkan dress muslimah. dan juga tudung 3 layer.
setakat ni baju2 semua 90% siap.tinggal nak trim2,sembat.
tudung pun dah potong. nak jahit je..
langsir.. yg tu belum sentuh apa-apa lagi..

DARAH HAID ATAU DARAH NIFAS SELEPAS KEGUGURAN
salam.
terjumpa info tentang darah selepas keguguran. saya pernah alami keguguran juga,
biasanya kita dengar soalan berpa lama perlu berpantang. pantang macammana?
sampaikan kita lupa yang wajib. jadi, mari kita sama2 perbaiki diri. soal hukum2 agama lebih penting.
saya kongsikan soal-jawab dari fb dr.zubaidi untuk panduan kita semua

Salam Ramadan Dr.
1)Saya ada kemusykilan. Saya gugur kali kedua dalam tahun nie. Kedua2
kes keguguran saya berusia 5 mggu. Saya ingatkan darah haid tetapi hcg
saya +ve. Sekarang nie saya tengah keliru.. Masa keguguran saya kali ke2
darah saya kering pada 3/08/13 lepas tu keluar lagi pada 18/08/13 saya
ingat kan haid tetapi masih berlarutan sampai sekarang adakah darah nie
haid atau darah yang belum habis masa keguguran ary tu.
2) Saya
dah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan ttg status darah keguguran
sy yg baru berusia 5mggu..adakah darah itu dianggap nifas atau sekarang
darah penyakit... Saya msh was2 utk mengerjakan solat kerana masih
keliru. Sy ada terbaca ttg darah keguguran nie. Jika yang keluar tu
janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketualan ia tidak
dianggap nifas... Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu
habis tau kering
Saya jd keliru ttg solat dan puasa. Mcm sekarang nie saya terpaksa menunggu 14hari haid baru saya yakin nak puasa dan solat..
Kalau gugur utk 5 mggu perlu tunggu kering darah baru dpt solat atau boleh solat seperti biasa tidak perlu tunggu darah kering.
Bantulah saya Dr. Saya betol keliru. Tqvm
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Wa alaikum mus salam.
Masalah puan ialah puan tidak pasti sama ada darah yang keluar itu
darah nifas atau darah istihadah setelah puan mengalami keguguran.
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas.
Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari.
Jika puan mengalami pendarahan yang terputus-putus,seperti yang dialami
oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari,
berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya.
Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka
darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.
Jika puan mengalami pendarahan yang berterusan melebihi daripada 60
hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas.
Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit
(istihadah).
Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.
Jadi dalam persoalan puan, semasa janin yang telah meninggal dunia itu
keluar, puan kena pastikan sama ada ia sudah cukup sifat atau belum.
Jika puan tidak pasti, mengikut perkiraan sains perubatan, janin akan
membentuk sifat : muka, jari-jari ditangan dan kaki apabila memasuki
usia kehamilan 10 minggu.
Ini bermakna jika keguguran berlaku
setelah 10 minggu dan puan tidak pasti sama ada janin telah cukup sifat,
maka anggaplah darah yang keluar adalah darah istihadah yang
berlangsung tempuhnya sehingga 60 hari.
Jika belum mencapai
usia kehamilan 10 minggu dan puan tidak pasti sama ada janin telah cukup
sifat atau belum, maka darah yang keluar hanyalah darah haid.
Rujuk "Darah Nifas dan Hukum-Hukumnya" oleh Telaga Biru.
Salam Ramadan Dr.
1)Saya ada kemusykilan. Saya gugur kali kedua dalam tahun nie. Kedua2 kes keguguran saya berusia 5 mggu. Saya ingatkan darah haid tetapi hcg saya +ve. Sekarang nie saya tengah keliru.. Masa keguguran saya kali ke2 darah saya kering pada 3/08/13 lepas tu keluar lagi pada 18/08/13 saya ingat kan haid tetapi masih berlarutan sampai sekarang adakah darah nie haid atau darah yang belum habis masa keguguran ary tu.
2) Saya dah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan ttg status darah keguguran sy yg baru berusia 5mggu..adakah darah itu dianggap nifas atau sekarang darah penyakit... Saya msh was2 utk mengerjakan solat kerana masih keliru. Sy ada terbaca ttg darah keguguran nie. Jika yang keluar tu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketualan ia tidak dianggap nifas... Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis tau kering
Saya jd keliru ttg solat dan puasa. Mcm sekarang nie saya terpaksa menunggu 14hari haid baru saya yakin nak puasa dan solat..
Kalau gugur utk 5 mggu perlu tunggu kering darah baru dpt solat atau boleh solat seperti biasa tidak perlu tunggu darah kering.
Bantulah saya Dr. Saya betol keliru. Tqvm
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Wa alaikum mus salam.
Masalah puan ialah puan tidak pasti sama ada darah yang keluar itu darah nifas atau darah istihadah setelah puan mengalami keguguran.
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas.
Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari.
Jika puan mengalami pendarahan yang terputus-putus,seperti yang dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya.
Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.
Jika puan mengalami pendarahan yang berterusan melebihi daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.
Jadi dalam persoalan puan, semasa janin yang telah meninggal dunia itu keluar, puan kena pastikan sama ada ia sudah cukup sifat atau belum.
Jika puan tidak pasti, mengikut perkiraan sains perubatan, janin akan membentuk sifat : muka, jari-jari ditangan dan kaki apabila memasuki usia kehamilan 10 minggu.
Ini bermakna jika keguguran berlaku setelah 10 minggu dan puan tidak pasti sama ada janin telah cukup sifat, maka anggaplah darah yang keluar adalah darah istihadah yang berlangsung tempuhnya sehingga 60 hari.
Jika belum mencapai usia kehamilan 10 minggu dan puan tidak pasti sama ada janin telah cukup sifat atau belum, maka darah yang keluar hanyalah darah haid.
Rujuk "Darah Nifas dan Hukum-Hukumnya" oleh Telaga Biru.
Khamis, 18 Julai 2013
masak2 together
~bila dah susun cantik macam ni, fahim terus mintak nak makan~
~close up~
untuk berbuka puasa hari ahad tu, kami cuba buat nasi bukhari dan ayam panggang.
~licin~
pegi UTC perak @ pasar
balik kampung minggu lepas. singgah kejap kat utc perak,sebab suami nak pergi JPJ. anak2 bukan main suka sebab selalu tengok iklan utc kat tv.
saya pulak sangat suka sebab ada pasar. barang2 basah kat sana bagi saya murah2 dan banyak pilihan. bayangkan ada ikan sepinggan dijual cuma rm2.. kalau kat kawasan rumah saya,jangan harap lah. rm2 tu dapat sayur je la..
sayuran pun, sangat banyak. pelbagai ulaman, sayuran kampung ada.. saya dah rambang mata. padahal tujuan utama nak ke utc. tapi disebabkan utc kat tingkat atas, memang kena lalu pasar, jadi kami pusing2 pasar dulu..
jadi, pagi ahad tu, sebelum balik kl, kami singgah pasar kat utc.. tujuan utama nak cari 'temu' ata 'temu mangga'
setelah 2-3 tempat kami tanya, takde. rasa hampa jugak. namun, dah rezeki kami, akhirnya dapat jugak..
ALHAMDULILLAH
selain tu beli juga pucuk janggus/gajus.
beli ikan longgok rm10 je. balik rumah tgk, banyak jugak. boleh jadi stok untuk 2 minggu.. sangat jimat

Jumaat, 12 Julai 2013
bersahur dengan supplement??
bila masuk ramadhan, ibu2 hamil atau menyusu akan mula risau. bertenaga kah nanti..
setiap kali bulan puasa, saya akan cuba makan kurma dan oat. tapi saya tak berapa nak selera sangat dgn oat ni.
tapi, tahun lepas, saya dapat idea nak buat smoothies.. oat + kurm a + pisang.
alhamdulillah, sesuai dengan saya dan ekonomi..
kadang2 ter'goda' jugak dgn supplement yg berada di pasaran. mcm2 yg di 'promote'.. set ibu hamil la, set ibu menyusu la.. tapi bukan semua kita mampu nak miliki set2 mcm tu kan..
kalau untuk yg 'berduit' tu memang takde masalah la.. beli je.. lagi pun tak perlu susah2 nak blend semua.
tapi inilah pilihan saya..
senang, jimat dan lebih ekonomi..
Langgan:
Catatan (Atom)