Khamis, 18 Julai 2013

pegi UTC perak @ pasar

balik kampung minggu lepas. singgah kejap kat utc perak,sebab suami nak pergi JPJ. anak2 bukan main suka sebab selalu tengok iklan utc kat tv.

saya pulak sangat suka sebab ada pasar. barang2 basah kat sana bagi saya murah2 dan banyak pilihan. bayangkan ada ikan sepinggan dijual cuma rm2.. kalau kat kawasan rumah saya,jangan harap lah. rm2 tu dapat sayur je la..

sayuran pun, sangat banyak. pelbagai ulaman, sayuran kampung ada.. saya dah rambang mata. padahal tujuan utama nak ke utc. tapi disebabkan utc kat tingkat atas, memang kena lalu pasar, jadi kami pusing2 pasar dulu..

jadi, pagi ahad tu, sebelum balik kl, kami singgah pasar kat utc.. tujuan utama nak cari 'temu' ata 'temu mangga'

setelah 2-3 tempat kami tanya, takde. rasa hampa jugak. namun, dah rezeki kami, akhirnya dapat jugak..
ALHAMDULILLAH

selain tu beli juga pucuk janggus/gajus.

beli ikan longgok rm10 je. balik rumah tgk, banyak jugak. boleh jadi stok untuk 2 minggu.. sangat jimat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan