Khamis, 11 Julai 2013

baru jumpa

dah lama mencari resipi tart nena keju ni.. baru jumpa..

macam nak try jek.. hehe

sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/5401

♥Tart Nanas Cream Cheese™

Tart_nenas_cream_cheese
Resipi asal oleh pakar masak di Spura.Dah cube dan sedap!Menggunakan cream cheese dlm dohnya.

Bahan-bahan ( Mengikut acuan tart kecil atau besar. )

  • 300 g mentega - lembut
  • 250 g cream cheese
  • 600 g Top Flour / Tepung Gandum - diayak
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 sb gula kastor / gula icing
  • garam secukup rasa (saya tak gunakan)
  • inti nenas secukupnya

Cara-cara

  1. Tart_nenas_cream_cheese_mix_gula_dn_esen
    Pukul mentega dan cream cheese hingga rata dan masukkan gula,garam dan vanilla dan pukul terus hingga kembang.
  2. Tart_nenas_cream_cheese_mix_tpg
    Masukkan pula tepung sedikit2 dan uli hingga mendapat doh yg lembut.
  3. Tart_nenas_cream_cheese_jadi_doh
    Jika adunan masih melekit ditangan,tambah lagi tepung secukupnya dan uli lagi hingga doh boleh dibentukkan.
  4. Tart_nenas_cream_cheese_d_terap
    Canai doh dan terap dan bubuh inti nenas ditengahnya. Bakar hingga garing dan warnanya kekuning-kuningan.
  5. Tart_nenas_cream_cheese_d_sepit
    Contoh doh yang disepit...
  6. Tart_nenas_cream_cheese_d_gulung
    Doh yang sama boleh juga dijadikan tat cream cheese gulung...

waktu yang mustajab untuk berdoa


mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua

permulaan ramadhan


semalam umat islam dah bermula berpuasa. bila masuk ramadhan, kami ambil kesempatan untuk jaga makan.dalam erti kata lain. DIET.

sahur :
kami cuma ambil smoothies

7 biji kurma
1 biji pisang
2-3 sudu besar oat

*saya gandakan 2x utk semua bahan sbb utk berdua (suami pun diet skali)

alhamdulillah, memberi tenaga sampai berbuka walaupun anak masih lagi menyusu.

buka puasa: asalnya nak makan buah je.. tapi buat juga lauk. cuma gantikan nasi dgn oat (jadikan bubur)

oat ni bila buat jadi bubur, sangat sedap bila kita buat lauk masin2 dan pedas2.. macam makan bubur nasi juga la.

azam tahun ni nak berterusan makan oat ni sampai dapat berat yg ideal.. 

BERUSAHA!!!!

~bakar semangat~



Selasa, 9 Julai 2013

untuk wanita


semoga bermanfaat untuk kita semua yg bergelar wanita

pengumuman puasa.

semangat kami suami isteri tunggu pengumuman puasa. tunggu punya tunggu, sampaikan dah kedengaran azan isya'. tapi pengumuman belum jugak muncul2. lagi 5 minit nak masuk pukul 9, terperasan berita tulisan yg bergerak kat bawah tu.. la, tv tak skip berita untuk keluarkan pengumuman puasa ke? dia letak kat nota kaki je?? heh,teruk betul.

apapun, umat islam akan mula berpuasa mulai rabu iaitu esok. 10 julai 2013





semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan di sepanjang bulan yang mulia ini.
dalam pada itu,jangan membazir ye. maklumlah bulan puasa ni memang pelbagai makanan dijual. belum lagi restoran,hotel buat buffet ramdadhan.

kita kena muhasabah diri. ingatkan diri. berpuasa ni bertujuan mengingatkan kita akan orang2 yang susah,yg terpaksa ikat perut sbb tiada makanan. klu kita membazir, makan sampai tak boleh nak solat, amatlah rugi..

teringat semalam bila tengok tv alhijrah rancangan figq wanita. ustazah sharifah hayati kata.zaman Rasulullah dulu, sahabat2, bahkan Rasulullah sendiri mengikat perut dgn batu bagi menahan lapar.

macam mana dengan kita? makanan sangat banyak kan? cuba tengok peti sejuk kita. almari. betapa banyak makanan.

dan semalam ada penonton ada betnyakan soalan ' bagaimana wanita hendak mendapat pahala seperti puasa 30 tetapi kita kan tak genap 30hari berpuasa?'

jawapan ustazah :  ' dengan memberi makanan kepada orang berpuasa, pahalanya sama seperti orang berpuasa. tidak kurang sedikitpun. "

jadi, mari kita rajin2 bersedekah makanan kepada orang2 berpuasa. agaknya sebab tu zaman mak2 kita dulu,diorang selalu tukar2 lauk kan. nak cari pahala...

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.” 
(HR Ahmad dan At-Tirmidzi)











Isnin, 8 Julai 2013

HIMPUNAN DOA DAN ZIKIR

sangat seronok jumpa blog ni. harap dapat memberi manfaat kepada kita semua..

antaranya :



web tu kat bawah ni ye :
http://www.4shared.com/all-images/SfnohbBq/Himpunan_Doa.html

SALAM RAMADHAN



Apa yang penting, dalam bulan Ramadhan 2013 ini, kita buat yang terbaik untuk diri kita, keluarga dan rakan-rakan.Bulan Ramadhan bukan setakat bulan untuk puasa, tapi ianya penuh rahmat.


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA