apapun, umat islam akan mula berpuasa mulai rabu iaitu esok. 10 julai 2013
semoga kita semua dapat memperbanyakkan amalan di sepanjang bulan yang mulia ini.
dalam pada itu,jangan membazir ye. maklumlah bulan puasa ni memang pelbagai makanan dijual. belum lagi restoran,hotel buat buffet ramdadhan.
kita kena muhasabah diri. ingatkan diri. berpuasa ni bertujuan mengingatkan kita akan orang2 yang susah,yg terpaksa ikat perut sbb tiada makanan. klu kita membazir, makan sampai tak boleh nak solat, amatlah rugi..
teringat semalam bila tengok tv alhijrah rancangan figq wanita. ustazah sharifah hayati kata.zaman Rasulullah dulu, sahabat2, bahkan Rasulullah sendiri mengikat perut dgn batu bagi menahan lapar.
macam mana dengan kita? makanan sangat banyak kan? cuba tengok peti sejuk kita. almari. betapa banyak makanan.
dan semalam ada penonton ada betnyakan soalan ' bagaimana wanita hendak mendapat pahala seperti puasa 30 tetapi kita kan tak genap 30hari berpuasa?'
jawapan ustazah : ' dengan memberi makanan kepada orang berpuasa, pahalanya sama seperti orang berpuasa. tidak kurang sedikitpun. "
jadi, mari kita rajin2 bersedekah makanan kepada orang2 berpuasa. agaknya sebab tu zaman mak2 kita dulu,diorang selalu tukar2 lauk kan. nak cari pahala...
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya.”
(HR Ahmad dan At-Tirmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan