Rabu, 28 April 2010

ayah de dokto n ibu de misi...

dh hampir 2 minggu kulit fahim kena infection.. tempat2 luka tu dh bernanah. aku terpaksa amik kain n balut tgn dia supaya tak garu lagi.. n seperkara lagi,kena cuci luka/nanah tu.. nak bawak pegi hospital ke cuci sendiri. jan 2010 dulu dh pernah jadi n kami bwk g emergency hospital putrajaya. kena cuci,dan jeritan dia sgt kuat smpy aku boleh dgr kat ruang menunggu. tak sanggup rasanya nak lalui benda yg sama lg.
aku call kak long n tnya pndapat dia. so,kami decide cuci sendiri. tp mmg mencabar. budak kecik,sakit sikit menjeritnya bergegar rumah.yg aku tak tahan,dia ckp "akit.." aku peluk fahim kuat2.. "sabar ye fahim.. sikit je,ibu ada ni..peluk ibu ye" tapi aku sndri pn mmg tak tahan,n aku menangis akhirnya.. smbil taip ni pn mata aku dh bergenang bila teringat saat tu 2 hari lepas.
pagi semalam bila bukak balutan tu dan mandikan dia,nampak nanah tu mcm tk kurang.fahim mula demam lagi.. tapi, alhamdulillah,bila dh tengahari,nmpak kulit tu dh mengering,.
malam tadi cuci sekali lagi.. seperti yg disyorkan kak long,kami gunakan air normal saline(beli di farmasi) + dettol.. sapukan pada luka. bygkan air tu adalah air garam yg digunakan kat hospital,campur pulak dettol..
then dah cuci,sapukan krim antibiotik..
dn kebiasaannya,pagi sok tu,bdn dia panas lagi(demam psl infection)..
hari ni,fahim demam lagi.cuma nanah tu dh kurang..

menjadi ibubapa kpd anak yg sakit ni mmg perlukan kesabaran n mental yg kuat. kadang tu klu kami keluar,ada yg tengok semacam.. aku sndiri pernah masa bwk fahim pg klinik,yg menegur(tp mcm sergah) "hah,kenapa nih?".. tak boleh ke tnya dgn sopan? kdg2 tu aku rasa mcm nak menangis.. tp kena kuatkan hati. ada jugak yg simpati n cdgkan mcm2 ubat/supplement..
thanx all.
yg penting kami tak akan putus asa untuk terus mencari ubat yg serasi dgn dia..

Fahim,ibu doakan fahim cepat sembuh.. Allah takkan menduga hambaNya melainkan Dia tahu kita mampu.. fahim akan jadi anak yg baik sbb fahim telah menghadapi pelbagai dugaan sejak bayi..

Ya Allah, sembuhkanlah fahim.. jauhkanlah anak2ku dari segala penyakit.. dan semoga anak2ku beroleh kesejahteraan di dunia dan akhirat.. Amin..