Isnin, 14 November 2011

aqueous krim


dulu,krim ni mmg tiap2 hari digunakan kat kulit fahim.. memang pakai dlm kuantiti yg byk dan kdg2 itulah jugak yg dijadikan sbg mandian dia.. pastu baru tau info psl nih..
dlm stok masih ada 1kg krim aqueous ni..




info selanjutnya kat sini : Aqueous Cream dan Eczema
Linkwww.drzubaidi.com



"Tetapi kajian oleh Dr Manda Tsang yang diterbitkan dalam Jurnal Dermatology mendapati ramai pesakit eczema merasa pedih akibat penggunaan bahan pencuci ini. Sebelum ini kebanyakan mereka menganggap kepedihan tersebut disebabkan oleh kesan bahan pelembap pada krim itu.

Rupa-rupanya krim aqueous akan menyebabkan radang pada kulit bertambah teruk dan pesakit mengalami kepedihan kerana krim ini mengandungi bahan pencuci (detergent) dinamakansodium lauryl sulphate
Dalam satu kajian yang dilakukan di Bath University di UK, mendapati krim aqueous mengurangkan ketebalan kulit yang sihat lebih dari sepuluh peratus selepas penggunaan selama empat minggu. Mereka mendapati sukarelawan yang menjadi ‘pesakit’ kehilangan air dalam jumlah yang agak ketara.
Prof Richard Guy, professor di Jabatan Sains Farmaseutikal di universiti itu menyatakan bahan SLS ini digunakan untuk mengadun minyak paraffin dengan baik dan berbentuk krim. Ia digunakan secara meluas dalam pembuatan gel mandian dan bahan kosmetik lain.
Tetapi apabila digunakan dalam masa yang lama, SLS akan mengurangkan ketebalan lapisan kulit yang sihat dan menyebabkan kehilangan air dari kulit lalu menyebabkan kulit pesakit eczema menjadi lebih kering, gatal dan radang.




dah baca pasal topik ni baru teringat, dulu2 tu bila sapu kat kulit fahim yg merah2 tu,akan kuar air dari kulit dia.. pastu dia kan lagi rs nak menggaru..
dah lama pun stop pky aqueous ni.. kami lebih prefer guna minyak kelapa dara..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan