Rabu, 31 Julai 2013

DARAH HAID ATAU DARAH NIFAS SELEPAS KEGUGURAN

salam.

terjumpa info tentang darah selepas keguguran. saya pernah alami keguguran juga,
biasanya kita dengar soalan berpa lama perlu berpantang. pantang macammana?

sampaikan kita lupa yang wajib. jadi, mari kita sama2 perbaiki diri. soal hukum2 agama lebih penting.

saya kongsikan soal-jawab dari fb dr.zubaidi untuk panduan kita semua

DARAH HAID ATAU DARAH NIFAS SELEPAS KEGUGURAN

Salam Ramadan Dr.

1)Saya ada kemusykilan. Saya gugur kali kedua dalam tahun nie. Kedua2 kes keguguran saya berusia 5 mggu. Saya ingatkan darah haid tetapi hcg saya +ve. Sekarang nie saya tengah keliru.. Masa keguguran saya kali ke2 darah saya kering pada 3/08/13 lepas tu keluar lagi pada 18/08/13 saya ingat kan haid tetapi masih berlarutan sampai sekarang adakah darah nie haid atau darah yang belum habis masa keguguran ary tu.

2) Saya dah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan ttg status darah keguguran sy yg baru berusia 5mggu..adakah darah itu dianggap nifas atau sekarang darah penyakit... Saya msh was2 utk mengerjakan solat kerana masih keliru. Sy ada terbaca ttg darah keguguran nie. Jika yang keluar tu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketualan ia tidak dianggap nifas... Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis tau kering

Saya jd keliru ttg solat dan puasa. Mcm sekarang nie saya terpaksa menunggu 14hari haid baru saya yakin nak puasa dan solat..

Kalau gugur utk 5 mggu perlu tunggu kering darah baru dpt solat atau boleh solat seperti biasa tidak perlu tunggu darah kering.

Bantulah saya Dr. Saya betol keliru. Tqvm

Dr Zubaidi Hj Ahmad

Wa alaikum mus salam.

Masalah puan ialah puan tidak pasti sama ada darah yang keluar itu darah nifas atau darah istihadah setelah puan mengalami keguguran.

Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas.

Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari.

Jika puan mengalami pendarahan yang terputus-putus,seperti yang dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya.

Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.

Jika puan mengalami pendarahan yang berterusan melebihi daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).

Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.

Jadi dalam persoalan puan, semasa janin yang telah meninggal dunia itu keluar, puan kena pastikan sama ada ia sudah cukup sifat atau belum.

Jika puan tidak pasti, mengikut perkiraan sains perubatan, janin akan membentuk sifat : muka, jari-jari ditangan dan kaki apabila memasuki usia kehamilan 10 minggu.

Ini bermakna jika keguguran berlaku setelah 10 minggu dan puan tidak pasti sama ada janin telah cukup sifat, maka anggaplah darah yang keluar adalah darah istihadah yang berlangsung tempuhnya sehingga 60 hari.

Jika belum mencapai usia kehamilan 10 minggu dan puan tidak pasti sama ada janin telah cukup sifat atau belum, maka darah yang keluar hanyalah darah haid.

Rujuk "Darah Nifas dan Hukum-Hukumnya" oleh Telaga Biru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan