Jumaat, 5 Mac 2010

khasiat susu ibu...

hmm.. masuk hari ni,dh seminggu aku sakit mata.. org kata taruk susuibu.tp mcm tak berkesan utk aku. masa anak2 kena aku taruk susuibu,alhamdulillah.. tp kat diri sndiri virus tu dh imun kot.. takpelah,aku taruk ubat yg kk bagi jer..
azam aku kali ni,nak susukan nuha selama yang boleh.. fahimdulu dpt smpy setahun lapan bulan.. tu pn sbb aku yg dh larat nak bg psl dh pregnant.. tambah lak,gigi dia dh penuh, sakit sangat2 bila dia gigit...
sebenarnya bagus bg susu ibu nih, jimat dari segi masa n kewangan.. tk perlu nak bangun tgh mlm utk bancuh susu.yang penting,niat kita untuk menyusukan anak dan kesungguhan kita. sbb kdg2 ada yg ckp susu tak cukup n mcm2 mslah.. tp klu hendak seribu daya kan? aku pn kdg2 berdepan dgn masalah kekurangan susu. tp kita kenalah cari maklumat mcm mana nak tambah susu.. kat sini aku kongsikan makanan yg dpt menambahkan penghasilan susu..

Makanan yang menambah dan mengurangkan air susu ibu

Sesetengah makanan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu, sama ada menambah atau mengurangkannya... Jadi hati-hati apabila memilih makanan anda...

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

* Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
* Kurma – makan begitu sahaja atau dihancurkan sedikit dan dimasukkan ke dalam susu panas.
* Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
* Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
* Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
* Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
* Klorofil
* Chlorella
* Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
* Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
* Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.
Longan kering salah satu bahan dalam air laichikang

* Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
* Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
* Habbatus sauda atau jintan hitam.
* Barli – air atau bubur barli.
* Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
* Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
* Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
* Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
* Pucuk betik atau bunga betik jantan.
* Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
* Air horlicks
* Susu dan produk tenusu
* Teh hijau jepun
* Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
* Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
* Ubat homeopati.

Makanan yang perlu dielakkan

* Herba seperti Parsli,Peppermint, Sage, Oregano,
*Spageti bolognese? Sekali-sekala okey!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan