apa yg sy nak kongsikan ialah mcm mana fahim leh dpt eczema ni.. seingat sy, eczema dia mula naik ms umur 2 bln lebih. masa tu sy dh masuk kerja dan hantar dia ke nurseri. dan sy bekalkan susu formula dutchlady. awalnya hanya pada pipi dia.. lama kelamaan, merah2 tu makin merebak keseluruh bdn. dan ms umur dia 3 bulan,seluruh bdn dia merah2..
tindakan awal kami ialah menukar susu dia (ms tu sy mmg kurang ilmu psl simpanan susu ibu) sy masih menyusukan fahim apabila dirumah.susu formula hanya di nurseri. namun tak ada perubahan dan kulit dia semakin teruk. kami tukar kepada susu soya pun,masih tiada perubahan.then kami stop susu formula.lebih kurang umur dia 5bln,sy hanya beri dia susu ibu sahaja. tp tiada juga perubahan. dan bertambah teruk apabila berat bdn dia tak meningkat,malah semakin susut.
setiap bulan memang menjadi ruti ke hospital. dan sellau juga kena tahan wad. umur 7 bln,fahim kena tahan wad, sbb ms tu berat dia hanya 4kg. padahal fahim dikategorikan besar ketika lahir. dia lahir dgn 3.69kg. mmg sgt sedih tgk keadaan dia masa tu. kecik sgt. kat hospital,mcm2 yg dokto buat. ambil darah,air kencing. dn yg paling sedih bila dokto masukkan tiub dari hidung utk dimasukkan susu formula.alasannya,susu sy tak mencukupi.
tapi fahim lebih cerdk,tak sampai sehari,dia tarik tiub tu.. bila dokto dtg nak pasang semula,sy merayu supaya jgn pasang. sbb fahim akan muntah setiap kali diberi susu formula. Alhamdulillah,dokto bersetuju..
rutin harian di hospital, setiap pagi kena timbang berat. dokto hnay bagi balik klu berat naik. dan hasilnya tetap sama. sehinggakan fahim ditahan sebulan diwad. bermakna sebulan juga sy cuti tanpa gaji..
keluar dari wad,mcm2 yg kami cuba. dan Alhamdulillah,berkat usaha kami selama hampir 3 tahun,fahim sekarang boleh dikatakan sihat.
apa yg kami nampak,sejak sy berhenti kerja, dia nampak semakin sihat n bertanya pun bertambah.
sekarang fahim seperti kanak2 lain.. walaupun perkembangannya agak terlewat setahun,tp nampaknya fahim mengejar semula seiring kanak2 seusianya..
~masa ni kena tahan wad. dan berat dia hnya 4kg.~
go go fahim..
p/s: fahim hanya berjalan pada usia 2tahun setengah.. ms umur setahun lebih dia hanya bergerak secara mengesot.. bakat yg tak ada pd kanak2 lain.. hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan