Jumaat, 22 Jun 2012

kelebihan/keajaiban anak-anak..

KES 1

2 hari lepas, masa nak guna penimbang baru perasan macam dah rosak sikit.. jarum penimbang tak boleh pegi kat '0'.. paling dekat pun kat 400gm.. sedih jer.. baru teringat aritu zahin 'mengemas' dapur,abis semua ditarinya dan antara yang terhempas adalah penimbang tu.. huu...

tetiba tengahari ni zahin buat lagi(memang tiap hari pun buat sebenarnya).. tapi arini dia dapat lagi penimbang tu dan dia hempas lagi.. huu.. tak sempat nak sambut.. zahin memang pantas..

tapi bila tengok2 balik.. aik... jarum tu dah pegi dekat '0'.. rupanya dia 'repair' balik...





KES 2

cerita ni berlaku masa kami pergi ke terengganu untuk majlis penikahan adik. kami sewa mpv (nazaria).
entah bila dan macammana.. tingkap belakang sebelah kiri dibuka.. dan yang bukanya adalah 'fahim'.
memang ada dengar masa dalam kereta tu fahim cakap 'yey,fahim berjaya buka'. tapi tak perasan ape yg dia maksudkan tu..

masa kami nak balik ke KL semula, terdengar en suami bising2 masa loading barang dalam kereta. pegi jengah,rupanya, baru perasan tingkap belakang tu terbuka.. patutlah sebelum tu mcm dgr je bunyi angin...
puas en suami cuba tutup..tak berjaya.. dan adik ipar pun cuba.. tak boleh juga.. nak tak nak,terpaksa la biarkan aje.. takut dok tekan tarik beriya sangat rosak/patah pulak..dah la kereta sewa..

dalam perjalanan balik,singgah jap kat tepi jalan untuk beli jagung.. dan, tengok2.. tingkap dah tertutup.. bila tanya, selamba je fahim jawab 'dah tutup'.. pada asalnya en suami nak 'bagi hukuman' kat fahim dengan menarik balik janji nak belikan "kraf-kraf tatif"..  tapi akhirnya kena tarik balik 'hukuman' tu...


p/s : moral nya.. setiap anak ada kebolehan masing-masing..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan