Selasa, 4 Disember 2012

Jalan2 ke KL

Sabtu baru2 ni, kami sekeluarga jalan2 ke KL. tujuan utama ke jalan TAR. cari kain. lepas tu alang dah sampai KL,konon2 nak la makan spaghetti dan ice blended yang murah di Sasana Kijang.

Tapi,masa nak masuk parking pun dah terkejut. dah ada palang.. huhuh.. parking rm3 per entry (murah la jugak). takpe2.. ubatkan hati.. ala,spaghetti murah ni..

Dengan tak sabarnya, masuk ke cafe dan nak order spaghetti la,lasagna la, quesadella la...  tapi... erk..

terkejut tengok harga... uwaa.... dah mahal.. semuanya start dari rm9.05 - hampir rm10.

dah tak tau nak makan apa pulak.. dah tu,tadi dah janji dgn fahim dan nuha nak belikan diorang ice blended. tengok harga ice blended semuanya rm4.25 (adoiii).. dulu harga hanya rm1.70-1.80 je..

dah disebabkan dah masuk dan dah pun ambil coin parking.. kalau tak makan dan balik, kena juga bayar rm3 parking. duduk dan order la juga..

cuma order 1 spaghetti chicken bolognese, 1 lasagna dan 1 ice blende mocha, 1 cappucino cold.

dan bertambah frust bila tengok kuantiti hidangan spaghetti dah berkurangan dari sebelum ni. cuma rasa lega, bila tengok lasagna 2x besar dari saiz sebelum ni. tapi harga pun memang 2x..

makan dalam keadaan frust, mujurla,rasa tu dapat mengubat hati. SEDAP. tapi takde mood nak ambil gambar..  :(

lepas makan, sebelah kedai cenderahati tu ada galeri kanak2. jadi kami masuk untuk bawa anak2..

DAN.. alhamdulillah, hati kami kembali ceria sebab galeri tu siap ada game untuk kanak2. sampaikan fahim dengan nuha tak nak balik... bila nak keluar je,dia patah balik untuk bermain...

dan antara gambar2 yg dikongsikan bersama...



fahim excited bila sampai sasana kijang

terowong wang dari wang sebenar

anak beranak terpegun

bukan wanita je mata duitan ok

dah lama tak nampak note seribu ni

pintu masuk galeri kanak2


Jadi,sempena cuti sekolah ni,boleh la bawa anak2 ke muzium/galeri bank negara (Sasana Kijang) ni.. tak ramai orang pun kat sini. sebab ramai tak tau kot... selain galeri kanak2, ada lagi galeri2 lain.. art galeri dan galeri matawang...kitorang dah pegi sebelum ni, masa tu takde lagi galeri kanak2 ni. so, kali ni hanya masuk galeri kanak2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan