Selasa, 28 Februari 2012

jalan2 ke sasana kijang





cerita 2/3 minggu yang lepas.. baru ada masa nak karang.. ;)

kebetulan ada anak sedara datang umah,dan dia belajar di unikl.dan memandangkan kami terlebih rajin hujung minggu tu,jadi kitorang dengan murah hati nak hantar dia balik kampus. sebenarnya kitorang pun nak jalan2 KL. suami cadangkan pergi ke SASANA KIJANG yg mana merupakan muzium dan galeri seni bank negara. suami dah pernah ke sana,dan yang utamanya nak rasa makanan western kat sana yg sedap dan murah..

alang2 dah sampai sana,kami pegi jenguk sekejap ke galeri seni dan tentunya tak lepas ke muziumnya sekali. sedih pula bila tengok ada antara matawang yang dipamerkan tu,milik arwah bapak dulu.. ( dah hilang dengan peti besi sekali masa rumah dikampung kena pecah,huhu)



~lunch kami hari tu~


makanan kat sana tak banyak pilihan sangat.cuma ada 4-5 jenis savoury. tapi ada juga pelbagai roti dan sandwich. kek pun ada. air pun byk pilihan jugak. yang bestnya harga makanan kat sana paling mahal dalam rm5.50. dan boleh dapat ice blended cuma rm1.70/rm1.80.. kalau harga macam tu biasanya setakat dapat minuman biasa yang berais je. memang murah kan..


~fahim nuha terpegun..hehe~




~agaknya org kelantan dulu bawa sepohon duit ni,dan patah2kan sekeping tiap kali shopping kot~


~uitm dihatiku~


~siri terbaru duit syiling~


~antara syiling yang dikeluarkan~


~ukuran saiz hidangan~



dan sebelum balik,kami tapau spaghetti Chicken bolognese, sandwish dan mocha ice blended..
kalau berkelapangan memang nak pegi lagi.. utk makan..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan