Ahad, 19 Februari 2012

mood rajin..



tetiba datang mood rajin la pulak.. pagi2 buat sarapan roti ala2 deli france la konon. tu pun sebab en suami yang request sebab dia perasan ad 1 tin tuna sandwich baki dari trip kami ke terengganu dulu. dan disebabkan excited jumpa teknik menguli roti kat jintanmanis.com jadi terus apply cara menguli..hehe. hasilnya,roti memang lembut. en suami komen sedap sangat,sebab dia nak yg agak keras (mcm yg buat sebelum2 ni..hehe)


~sarapan pagi, jemput2 pisang pun ada~

dan dikatakan rajin tu sebab bila petang,cuba buat kuih apam tepung gandum. dulu dah pernah cuba buat tapi tak jadi. salah teknik. kali ni, dah baca betul2 kat blog jintanmanis.com tu dan Alhamdulillah,menjadi. tapi lepas ni kena rajin praktis supaya dapat hasilkan yang cantik dan lebih gebu.


~kuih utk minum petang,tapi tak buat air..~

p/s :
ni idea suami la,letak krim coklat.tapi fahim lebih suka kosong.sudahnya,nuha kena la makan krim coklat tu dulu,baru fahim makan kuihnya.


~yang ini lauk tengahari semalam. ayam goreng berempah~

seronok masak2 ni.lebih2 lagi,anak2 pulak memang makan apa yang kita buat. kadang2 tu tak sempat hidang kat meja makan,diorang dah serbu dulu kat dapur.. dan yang bagusnya,walaupun apa yang dimasak tak berapa menjadi,anak2 tetap makan dengan selera sambil memuji sedap. itu yang membuatkan semangat berkobar2 nak mencuba pelbagai resipi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan