Sabtu, 7 April 2012

FAMILYDAY TOK ALI 2/2012





cuti sekolah yang lepas,10-11 mac 2012, kami bercuti ke melaka, sambil berhari keluarga bersama sanak saudara sebelah bapak iaitu anak2,cucu2,cicit2 kepada Atok Ali. memandangkan keluarga sebelah bapak agak besar dan sebahagiannya berhijrah ke singapura,jadi inisiatif diambil untuk mengeratkan silaturrahim antara kami. program hari keluarga pada kali ni adalah kali yang ke 2. kali pertama program ni dianjurkan di melaka juga,tetapi di Shah Beach Resort. untuk kali ke 2 ni diadakan di Kemunting Beach Resort.


~ini hanya sebahagian dari yg hadir~


familyday kali ni agak mendapat sambutan ramai berbanding yg sebelum ni.. dan Insyaallah 2 tahun lagi akan menyusul pula FDDA 3/2014..


~ini je dari wakil dari keluarga kami~


~siap buat tshirt familyday lagi~


~penyelamat persembahan kami hari tu~


~dari persembahan model cilik~


familyday kali ni siap kena buat persembahan dari setiap keluarga..memeandangkan keluarga pak embi(kami le tu) agak malu2 kucing.. jadi kami gunakan anak2 kecik jadi model.. dah ler tak prepare.. harapkan zahin la jadi penyelamat sebab jadi bumblebee yang comel.. tertido lak tu.. ibu goyangkan dia konon2 terbang lagi syok dia tido...huhu

mula2 tu ingatkan dapat nombor corot dah.. tapi rupanya dapat nombor 8.. ok ler tu.. semua family ada 10,kira tak corot sangat la kan.. hehe



Tiada ulasan:

Catat Ulasan