Ahad, 8 April 2012

kisah zahin dalam seminggu

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-8 sejak dari zahin demam sabtu lepas,31mac. dan hari ni nampaknya zahin dah mula menunjukkan tanda2 dia sihat.. dia dah mula aktif,main2,merangkak,panjat2.. dan ruam2 kat badan dan muka dia pun dah tak nmapak.. cuma ada sikit je lagi kat bahagian kaki.. cepat jugak kesan dari bagi minum air kelapa muda.

hari isnin,2 April masa bawa ke klinik dah kena ambil darah,dan keputusannya,takde apa2 kuman. masa tu pun dah 2 kali kena cucuk. kai pertama misi cucuk kat belkang tapak tangan,tapi darah tak keluar. lepas tu dia hantar ke kecemasan. alhamdulillah,dia cucuk sekali je,dah dapat.tapi dia cucuk pada pelipat siku.

hari Khamis,5 April, kena cucuk lagi sebab demam tak baik2 dan mula naik2 ruam.doktor syak demam campak,jadi kena bagi sampel darh,air kencing dan air liur(tekak). kali ni misi kat bilik darah terus hantar kat kecemasan(sebab dia yg cucuk aritu tapi darah tak keluar pun).
kali ni diorang cucuk kat pelipat siku jugak,tapi yang lagi sebelah tu. 2-3 kali kena cucuk,tapi darah tak keluar.sebba urat tu dioang tak nampak pun,harapkan diorang tekan2,picit2 untuk rasa kat mana keduudkan urat tu. sampaikan misi ke-2 cucuk baru dapat. memang zahin menjerit/nangis tak ingat. ibu pun turut nangis jugak..

hari jumaat,6 April. masa suami hantar urine ke klinik,doktor mintak supaya zahin dibawa ke klinik lagi kalau masih tak aktif untuk ambil darah. huh,cucuk lagi.
yang kali ni paling haru. dah la kedua2 tangan dia dah ada lebam/bekas cucuk,nak kena cucuk lagi.
kesian zahin,dalam seminggu ni,banyak kali tangan dia kena cucuk untuk ambil darah. yang tak tahannya,diorang salah cucuk. cucuk2,tapi darah tak keluar. pulak tu bila cucuk,darah tak masuk kat jarum,tapi bocor dan meleh keluar.. zahin dah nangis/jerit sebab sakit. terbayang2 lagi muka zahin masa dia kena cucuk. dia menjerit sampaikan macam nak kejang. misi pulak sampai 2-3 orang dok pegang dia. dah ler dibalutnya zahin(bedung),pastu sorang pegang kaki,sorang peluk badan dan pegang tangan,sorang lagi yang tukang cucuk. suami sampai dah hilang sabar,cucuk2 tapi darah tak jugak keluar. last2 kami ambil je zahin dan balik. diorang pulak sikit pun tak mintak maaf. rasa macam dah serik nak bawak anak2 ke klinik kesihatan ni. dalam erti kata lain,klinik/hospital kerajaan.

sampaikan nak baringkan zahin atas katil tu pun dia dah nagis/jerit sebab fobia. macam fahim dulu fobia tengok misi/doktor berbaju seagam putih.

zahin demam campak rupanya.. pada mulanya zahin hanya demam2 biasa,tapi berlarutan sampai 6 hari.. hari ke-5 tu,muka dan badan dia mula naik ruam.. kami pulak tak ingat langsung pasal nak bagi minum air kelapa.. masa dia demam aritu kami cuma selalu lapkan badan dia dan jaramkan dengan air asam jawa je.. mujur suami telefon mak dia,dan MIL suruh bagi minum air kelapa supaya keluarkan virus campak tu..



~hari ke-3 naik ruam2 campak~


~baru la ad semangat nak duduk,kalau tidak,baring je~


~abang dgn kaka takleh nampak kamera,nak posing je~


~kakak yang selalu senyum~


lepas ni kena selalu set kan dalam kepala,kalau anak2 demam,cepat2 bagi minum air kelapa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan