Sabtu, 6 Julai 2013

jom makan

masa nak masak untuk lunch tadi, dok fikir menu apa la. tapi dah keluarkan ikan patin dgn ikan talapia.
teringat pulak ada bunga kantan sekuntum yg dah petik minggu lepas. apa lagi, buat gulai tempoyak la..

gara2 kami memborong ikan2 kat tesco minggu lepas. mmg minggu ni mewah dgn lauk. mujur la anak2 semua makan je ikan sungai. ikan keli goreng smlm pun masih ada seekor yg tak habis.

so, kepala dan ekor ikan patin buat msak gulai tempoyak. 2 bahagian badan lagi tu goreng. ikan talapia pun goreng je.

pastu buat sambal utk ikan keli.

done.

fahim pulak sekarang suka sangat makan nasi dgn sambal.


walaupun pada mulanya macam tkde selera je nak makan tapi bila dah pekena gulai tu,dah susah nak stop pula..haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan